Ingat tak pesan Nabi SAW ke kita?

AssalammualaikumWBT and salam Sayyidatul Aiyyam semua ^^

korang ingat tak pesan Nabi SAW ke kita apa? terlalu banyak kan pesan yang Nabi SAW tinggalkan untuk kita ummat Baginda..antara pesan Nabi SAW ke kita adalah..




dan firman Allah di dalam surah yang sama, Surah al-Israa’ di ayat yang ke 32:
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]

bukan Nabi SAW sahaja yang berpesan kepada kita, ALLAH SWT juga! walaupun perkara ini sudah acap kali diperkatakan dan dibualkan dari mulut ke mulut, tidak sewajarnya kita melupakan dan mengambil endah tentangnya, peringatan dan nasihat tidak lapuk dek zaman bukan?

sekiranya ada yang lupa, nah! ini masanya untuk kita saling ingat mengingati antara satu sama lain..saling ingat mengingati itu pasti dapat mengeratkan hubungan silarurrahim antara kita, insyaALLAH..siapa ingat dia yang mengingatkan kepada yang lupa..kepada yang lupa pula bila sudah tahu dan mengerti boleh sampaikan kepada orang lain pula..kitaran ini akan terus menerus berpusing hingga ke akhirnya, insyaALLAH..

tidak dinafikan saya juga selalu lalai dari mengingatkan diri saya sendiri, dan terasa sedih bila orang di sekeliling tidak pernah tegur dan membetulkan kesalahan saya..bohong kalau saya katakan saya tidak mengharapkan teguran dan nasihat dari kawan-kawan dan keluarga saya, believe me, tanpa teguran mungkin tidak sampai saya ke tahap ini..terima kasih Ummi, terima kasih Abah, and terima kasih sahabat!

jangan segan silu untuk tegur kesalahan orang lain, dia terima atau tidak itu belakang kira, setidak-tidaknya sudah terlepas saham akhirat kita daripada dia..mahukah kamu di padang Mahsyar nanti si pelaku menunding jarinya ke kamu kerana tidak pernah ambil berat dan menegur kesalahannya? mesti tidak kan..oleh itu, jom sama-sama kita perbaiki diri, ambil yang baik buang yang tak baik..jadikan ia satu amalan dalam kehidupan seharian kita..

"Sharing is caring."

Lihatlah pada apa yang saya tulis, jangan kamu lihat pada diri saya yang sememangnya kekurang serba-serbinya. Ampun jika titipan kali ni tidak lebih dari hanya "nota kecil" bagi anda yang berilmu lebih luas..

wassalam~

2 comments:

Unknown said...

ASSALAMUALAIKUM.

Unknown said...

Terima kasih untk peringatan dn pnduan hidup,