Tepuk dada tanya selera



Assalammualaikum WBT~

alhamdullillah hari ini ALLAH masi memberi aku and rakan2 aku yang lain nikmat hidup and ilmu..alhamdullillah~

hari ini, macam hari-hari Jumaat yang lalu kami akan adakan Smart Circle atau kata nama lain nya Usrah..

group SC aku d ketuai ole seorang kakak Tahun 4 perubatan, Kak Maisarah and di anggotai seramai 7 org anak SC =)

alhamdullilah turn SC minggu ni berlangsung di rumah aku~

hari ni group kami bincangkan pasal Surah Luqman Surah ke-31 and mengandungi sebanyak 34 ayat


dalam 34 ayat tu, ayat 16 hingga 19 yang aku ingin share dekat bawah ni.

ambik sedikit masa and renung2kan apa maksud ayat di bawah ni k =)



  


(Luqman berkata): `Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, 
dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, 
niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). 
Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.


Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).


Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.


Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.




dalam ayat 16, Luqman mengatakan sebesar atau sekecil-kecil mana pun perkara yang kita lakukan tu tetap jugak akan dinilai baik buruknya oleh ALLAH SWT..even sebesar zarah sekali pun..so sebelum kita bertindak / berbuat sesuatu baik atau buruk haruslah dipertimbangkan sebaik2nya supaya kita tidak tergolong dalam kalangan orang yg melakukan keburukan. InsyaALLAH~

dalam ayat 17 pulak, Luqman menyeru anaknya untuk mendirikan solat dan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.Seruan itu bukan hanya untuk anaknya sahaja, malah untuk diri kita jugak. Tepuk dada tanyalah selera guys..adakah kita ada melakukannya?sempurnakah solat 5 waktu kita sehari semalam? adakah kita menegur atau memperbaiki keburukan sahabat-sahabat kita yang lain? okai, jangan pandang orang lain, tapi pandang diri sendiri dulu, "aku sudah lakukan amar makruf dan nahi mungkar kah keatas diri aku sendiri?"  even aku sendiri masih lagi alpa di buai dengan kesenangan dunia yang hanya sementara ini..bukan kadang-kadang lagi tapi aku kerap alpa..but luckily ada orang2 yang menegur dan membetulkan kesilapan aku..selemah-lemah teguran adalah dengan membenci perbuatan buruk tersebut, tapi selagi ada kudrat tegur lah secara terus or orang bilang face to face =) aku lebih suka and sayang dengan orang yang berani tampil and tegur aku secara terus..tapi di sini bukanlah aku hanya menunding jari saja kepada orang lain, teguran ini untuk aku dan kalian semua..sama-sama kita laksanakannya ya~

manakala dalam ayat 18, Luqman menasihati anaknya supaya tidak sombong dan bongkak. Guys, andai kita mendapat kesenangan hidup atau kelebihan melebihi orang lain, please jangan jadi sombong dan bongkak. Hingga kita memandang serong kepada orang sekeliling kita. Semuanya itu hanya pinjaman dunia yang sementara. ALLAH SWT berkuasa untuk menarik balik kesenangan and kelebihan kita tersebut. Kalau dalam konteks kita sebagai seorang pelajar yang sedang menimba ilmu ni, certain kita dianugerahkan ALLAH SWT dengan akal yang cerdas dan pintar. Tidak perlu sombong and bongkak dengan ilmu itu sahabat! tidak perlulah kedekut dengan ilmu itu! itu semua hanyalah pinjaman ALLAH SWT semata-mata. Seorang sahabat kita datang meminta bantuan kita untuk menyelesaikan sesuatu kerja/ assignment, jangan kedekut! bantu dia, tolong dia semampu boleh, andai kita pun tidak mampu menyelesaikan kerja tersebut, minta dia untuk bertanya kepada yang lebih pakar, Lecturer kan ada =)

dalam ayat 19 pulak, Luqman menasihati anaknya agar berjalan secara sederhana and melunakkan suaranya kerana seburuk-buruk suara adalah suara keldai. Ayat ini begitu terkena sekali dengan aku, kerana sometimes  aku lalai dalam menjaga batas suaraku. Ketika berada bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain, gathering-lah paling senangkan..aku terkadang lupa untuk meng-control ledakan ketawa aku akulah keldai tika itu =.= kawan-kawan aku kompom tahu perihal ini T_T maalish! Tapi Alhamdullillah, ketika ini sedikit demi sedikit aku cuba untuk perbaiki kelemahan aku ini. Andai aku lalai, ingatkan aku! kerana aku masih dalam tempoh untuk memperbaiki diri aku ni.



 Jagalah ALLAH, ALLAH pasti menjagamu


Alhamdullillah sekali lagi kerana ALLAH telah memberi aku nikmat ilmu yang begitu bermanfaat hari ini! 

kita hidup d dunia ini perlu saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain. 

Kalau hidup kita ini tidak di isi dengan ilmu-ilmu agama, hati akan menjadi keras..wallahualam~

Alhamdullillah PZC Perubatan Cawangan Zagazig telah mengambil insiatif untuk mengada kelas ilmu ini seminggu sekali =) syukran jazilan kasiran!

semoga apa yang aku sampaikan kali ini menjadi satu titik permulaan yang baru untuk hidup kita, sama-sama kita melakukan amar makruf dan nahi mungkar, sama-sama kita merendah diri dengan apa yang kita ada sekarang, sama-sama kita menjaga batas2 pergaulan dan pertuturan kita..dan yang paling penting, aiyok! sama-sama kita mengejar hidup yang kekal dan abadi di akhirat sana..insyaALLAH~

andai ada tersalah bicara mohon dibetulkan ya..=)

~wassalam~

2 comments:

syahirahfs said...

berubah sedikit demi sedikit. perbetulkan niat berubah kerana Allah. insyaAllah:)
sama2lah kite menjadi wanita solehah :)

Unknown said...

dat right! berubah kerana ALLAH SWT =) insyaALLAH~