AssalammualaikumWBT,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."
(Riwayat At-Tirmidzi)
Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34).
Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
hari ini seluruh warga Malaysia di Zagazig di sini dikejutkan dengan berita pemergian seorang warga Zagazig, iaitu Allahyarham Muhammad Faiz Izzudin Bin Daud, pelajar Perubatan Tahun 4 Universiti Zagazig.
Al-Fatihah.
sesungguhnya kematian itu pasti dan dekat dengan kita. Tidak kira sihat mahupun sakit, ia pasti datang.
semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba ALLAH yang bertaqwa dan berada dalam husnul khatimah.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
1 comment:
sangat terasa kehilangan arwah.. kwn dr skolah rndh dan slalu tanya khabar sy d Malaysia..
Smoga roh arwah dicucuri rahmat Allah..
Smua ni umpama mimpi di siang hari, tp bila tersedar dr tdur yg nyenyak, bru tau semua ni realiti..
Post a Comment