SPM batch 0812, Tahniah dan usaha lagi!

with the name of ALLAH, Most Gracious, Most Merciful.

AssalammualaikumWBT and hello there peeps!

alhamdullillah ALLAH masih beri peluang untuk empunya belog ni update hari ni..hari ni kami baru ja selesai exam 2nd midterm kami as 3rd year meds student.

exam macam mana?hurm.. Alhamdullillah ok seja kehendakNya..walaupun tak target full mark, tp lebih dari separuh pun dah kira bersyukur dah..hihi

yaa..since masuk meds school ni desire untuk bolot markah full tu agak berkurangan, target untuk lepas exam dan lepas untuk naik setiap tahun pun sudah memadai, tapi bukan bermakna tak ada langsung keinginan tu, ngeee~

hari ini, adik-adik batch SPM 0812 dapat tahu keputusan SPM mereka kan?

pada yang dapat straight A's, tahniah dan usaha untuk kekalkan kejayaan anda selepas ini. Buat yang kurang berjaya, jangan sedih, SPM hanya permulaan dalam penentu kehidupan kamu, tidak dapat A tidak bermakna anda tidak boleh masuk ke University, bukan bermakna masa depan anda gelap ka kabur ka suram ka, ALLAH cuma mahu bagi kita sedikit rasa kegagalan itu, sebab ALLAH ingin kita merasa kejayaan pada masa hadapan.

tidak ada kejayaan tanpa kegagalan dan kepayahan.

saya dulu pun bolot ABC tu..tapi alhamdullillah ALLAH masih beri saya peluang untuk masuk kedalam bidang ni. Rezeki ALLAH tu ada di mana-mana..kan bumi ni luas ^^



apply seja dekat mana-mana IPTA ka IPTS ka..Matrikulasi, IPG, SPA, Politeknik, UPU bagai tu..apply sahaja, siapa tahu rezeki kamu di mana kan ^^

tahun ni adik saya pula yang bakal duduk SPM, tapi macam saya seja yang ambil exam tu nanti, iya la, risau mengalahkan dia sendiri..dia pula boleh lagi duduk melayan FB and Twitter dia *sigh*

I dont know what to say about him, keras kepala punya budak. Tapi nasib baik my parents sudah hantar dia pergi tuisyen, kalau tak, habis weekend dia dengan online memanjang.

apa-apa pun, saya sebagai kakak dia support seja dari belakang. Semoga usaha dia tidak terbuang begitu sahaja and semoga cita-cita dia tu tercapai, amin~

sekali lagi, TAHNIAH kepada semua budak2 batch SPM 0812, korang dah tamat pengajian as budak sekolah, sekarang bersiap sedia untuk bergelar budak IPT pula ya~ selamat berjuang!





No comments: