Turkey Aku Datang Day #1

AssalammualaikumWBT dan salam sejahtera..

did I mention before that I will be going to Turkey this year winter holiday?

yeaahhh! Turkey aku datang!!

Alhamdullillah selamat juga kami menjejakkan kaki kami di Turkey. Trust me, you guys MUST go to Turkey, especially Istanbul! serius best and awesome sangat pengalaman travel ke Turkey ni.

fyi kami pergi kesana 100% urus sendiri..takda ikut travel tours bagai. Dari A to Z kami urus sendiri. Dari tiket flight ke booked hotel ke plan jalan2 semua kami yang atur sendiri. Memang terbaikk la orang cakap. Puas hati dan memang semua pun cakap mahu pergi semula ke Turkey sebab tak puas jalan seminggu di sana.

Kami beli tiket flight dari Cairo ke Istanbul, 27 Jan 2014 hari tu flight kami ke Istanbul. Allah ja yang tahu betapa excited nya kami semua waktu tu. Sampai ada yang tak tidur malam dibuatnya sebab takut tertinggal la apa la konon. Macam2 alasan korang kan guys. Padahal semua orang tengah excited gilakk mahu bercuti ke Turkey.

Harga tiket flight dari Mesir boleh dikatakan MURAH lah juga..RM910 untuk tiket flight return per person. Tiket kami beli dari agen yang dipercayai yaa.

Hotel kami booked siap2 dari booking.com . Dekat web ni korang boleh cari hotel merata dunia dari yang paling murah ke yang paling mahal ikut bajet korang. Kalau macam kami, kami cari hotel bajet ja..al-maklum laa travel by our own so memang kena save bajet sangat sangat.

disarankan korang check ja dulu dekat booking.com ni hotel mana yang korang nak. Lepas tu try contact sendiri hotel tu by email. Sebab kadang2 korang akan dapat harga JAUH lagi murah berbanding apa yang tertera dekat booking.com tu. Then korang kena check juga rating yang orang lain bagi kat hotel tu dan jangan lupa untuk belek sekali part comments yang orang bagi dekat hotel tu.

Satu pesanan daripada writer, jangan percaya 100% dekat gambar yang hotel tu bagi dekat dalam booking.com tu. Semua itu indah gambar dari rupa sahaja -_-" haha

after dah settle semua urusan beli tiket flight dan booked hotel. Maka jom la kita bercuti-cuti Turkey!!

27 Jan 2014

Flight dari Cairo International Airport ke Atartuk International Airport Istanbul berlepas pada jam 10.05am. Perjalanan makan masa 2 jam 30 min macam tu. Alaaa macam dari KK ke KL seja perjalanan dia. x sempat pon ko nak masuk tandas =p

Sampai ja dekat Istanbul, ambik luggage semua, then kami pun mencari orang yang ada memegang kertas yang tertera nama SYAHNISEAH ABD RAZAK untuk ambik kami dari airport dan hantar ke Kabatas ferry terminal. Sebab kami akan ke Bursa dulu baru akan round Istanbul 3 hari terakhir. Kami gunakan airport transport untuk bergerak keluar daripada airport. Pada mulanya bercadang untuk naik Tram sahaja, tapi bila buat rujukan semula, dan nampak akan berlaku kucar-kacir nanti sebab masih belum pro lagi selok belok perjalanan dari airport ke ferry terminal tu, so decide untuk ambik airport transport sahaja. Senang.

bagi mereka2 yang bercadang mahu travel ke Turkey free style macam kami,disarankan lagi korang untuk ambik airport transport bagi memudahkan pergerakan korang keluar daripada airport.Kami berurusan dengan satu travel company ni, tapi HANYA untuk airport transport sahaja ya. Nama travel company ni Efendi Travel Agency Turkey.

Airport transport harga dia sangat berpatutan dan memudahkan kita untuk bergerak dari dan ke airport..dari airport ke Kabatas 55 EURO, dari hotel ke airport dapat diskaun 10%, 44 EURO. Sum up semua then bahagi untuk 14 orang, sorang dalam 22Lira. Puas hati dengan perkhidmatan dorang. Transport on time dan driver sangat polite dan memandu dengan berhati2.

lupa nak bagitahu matawang Turkey adalah Turkish Lira. 1 Lira bersamaan dalam RM1.50.

ketibaan kami disambut dengan turunnya hujan membasahi bumi Constantinople.
snap gambar dari dalam ferry.

kami x stay Istanbul dulu, sebaliknya kami terus bergerak ke Bursa, Turkey. Korang boleh pilih antara satu nak pergi Bursa naik bas ataupun ferry. Aku x tahu macam mana caranya naik bas untuk ke Bursa sebab kami pergi ikut ferry hari tu.

kalau takut ferry penuh pada hari yang korang nak pergi tu, silalah beli online tiket ferry korang. Ada 2 buah syarikat ferry yang menawarkan ferry ke Bursa. IDO dan BUDO. Waktu pergi ke Bursa kami semua naik BUDO dari Kabatas Istanbul ke Mudanya Bursa. Tiket kami beli siap2 online bagi mengelakkan kehabisan seats. Make sure kalau nak beli online tiket ferry korang, kena ada credit ataupun debit card dan local Turkey phone number. Untuk local phone number ni, korang boleh guna no.phone Efendi Travel tu, tapi korang kena inform dorang dahulu ya.

Satu kebaikan naik BUDO ni, mereka sediakan banyak kali trip ke dan daripada Bursa. Sehari dalam 7 trip kesemuanya. Tinggal korang pilih nak pergi jam berapa jam berapa. 

IDO hanya menyediakan 2 kali trips sahaja sehari if im not mistaken. Jam 720am dan 600pm setiap hari. IDO ferry ni daripada terminal ferry Yenikapi Istanbul ke Bursa.

Kami ambil ferry jam 330pm daripada Kabatas ferry terminal by BUDO dan sampai di Bursa around jam 500pm, 1jam 30min perjalanan menaiki ferry.

Sepanjang perjalanan ke Bursa ni, dalam ferry. Beberapa orang member sempat berbual dengan penduduk tempatan Bursa sendiri. Siap kena bagitahu apa yang kami patut pergi lawat, wajib makan di Bursa and so on. 

Ada sorang minah Turkey ni, nama dia Ecam ( sebut Ejam) dia sangat sangat sangat baik ya uolls. Can speak english fluently. Dia la yang tolong kami call hotel sebab takda hotel transport which should take us from the ferry terminal to the hotel. pfffttt -_-" berjam-jam kami tunggu dekat ferry terminal. Sejukkkk tau.

harharhar semua pun x sedia untuk digambar #candid sorry boys

dalam keadaan sejuk pun masih lagi sempat posing utk camera. haha


Suhu waktu tu around 0 degree ya people. Sampai jam 7pm kot kitorang tunggu bas hotel tu sampai. Sampaikan kitorang sempat lagi dinner dekat gerai berdekatan dengan ferry terminal tu. Semua orang kelaparan. So masing2 cari haluan untuk pergi dinner dekat kedai makan berhampiran.



meet my friends, from left, Wawan and Syahril



my 1st Turkish Sandwich. Not fish but chicken.

lepas habis jak makan, barulah bas datang. Thanks to Ecam sebab tolong call kan hotel bagi pihak kami. Kalau tak, memang sampai ke pagilah kami menunggu di ferry terminal tu. Tak tahulah macam mana hotel boleh lupa sedangkan kami sudah email berkali2 untuk ingatkan. huhu

perjalanan dari Mudanya ferry terminal ke hotel makan masa dalam 30 min..if jalan tak sesak.

sampai ja dekat hotel, terus hilang marah. Kenapa? sebab kami semua puas hati dengan keadaan dan layanan hotel ke kami. Memang tiptop la orang cakap. Nama hotel tempat kami menginap sepanjang 3malam 2hari di Bursa is Hotel Grand Heykel.

meet my friends, from left Jannah, Mase dan Nadirah.

after selesai urusan check in semua, masuk bilik masing2 dan masanya untuk rehat!! serius penat. Plannya mula2 mahu jalan2 sekitar hotel after letak barang and urus diri. Last last semua pun surrender sebab dah jumpa katil haha.

dekat bawah ni disertakan gambar2 dalam bilik Double. Kami booked 4 Double rooms dan 2 Triple rooms. Untuk triple room xda gambar, tapi confident nya nak cakap, semua orang puas hati dengan bilik masing2. 

2 single beds

toilet tak besar mana, tak kecik mana

ruangan untuk letak barang, ada almari. 

korang nampak 2 biji luggage dekat tepi tu? Hanya itu yang kami bawa untuk trip ni. Tapi pengakhirnya, beranak pinak juga luggage2 kami semua haha

sudah merasa sandwich Turkey, sekarang masanya untuk merasa Turkish Tea pulak. Turkish Tea dan mineral water hotel bagi FREE ya. Suka hati korang nak minta berkali-kali pun takpa.

le Turkish Tea

serius wa kasitau lu, Turkish tea ni sangat sangat sangat PEKAT. 2 cubes gula tu pun x cukup untuk cover rasa kelat dan pahit teh ni. Kalau korang nak tahu rasa dia macam mana, jemputlah datang Turkey!! heeee

selesai urus diri semua, masanya untuk berehat sebab esok harinya hendak menempuh hari yang panjang dan memenatkan.

sambungan Day #2 bakal di update after exam mungkin. In shaa ALLAH.

bye! 
wassalam~

13 comments:

Ina Amani said...

wahhh bestnyaaa!! huhu bila lah boleh sampai sanaaaa :DD

Farid Laham said...

wah bestnye dpt pergi sane..

Hanis said...

wah bestnya dpt jln2..

last date 7 feb 2014. Jom join masih sempat lagi. =)
http://myartcrafting.blogspot.com/2014/01/januari-giveaway.html

Unknown said...

whoaaaaaaa ... untung gilaaa .. best lha da sampai turkeyyy .. btw , nice entry .. taksanggup bangun semata-mata nak baca entry niy . hoho ;)

Unknown said...

waaahhh bestnya turkey !
have fun :)

nadia said...

tak tahulah bila dapat jejak Turki ni.. huhu

Unknown said...

Assalamualikum...seronok shad jalan2x kat turkey..nak pergi jugak..hehehe

Btw, terima kasih atas anjuran g.a.insyaallah kami akan pos tshirt pada pemenang pada hari rabu 5.3.2014.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. bestnya study oversea. senang nak travel sana sini kann. nak pergi Istanbul. dalam mimpi je boleh? hiewhiew.. sambung lagi ekk awak ~~~

Anonymous said...

done follow sini
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/

MyCherita said...

Salam Ukhwah.. singgah blogwalking senarai follow wajib GA Emas Putih salam ceria, salam jumaat..

Aqilah Azmi said...

ya allah bestnyaaaaaaaaaa
tulah pasal!!
Ramai kata istanbul best geggilaaa haihh T_T nak gi jugakkkkkkkkk

ayuzan said...

salam kenal. wah. bila la nak smpai sana. teriginnn..

ejulz said...

waaaaaa.. seronoknya dpt g sana..

follow sini.. :)