hope xlupa sangat jalan cerita utk hari ke2 aku ke Turkey 2 bulan yang lalu.
AssalammualaikumWBT dan sejahtera,
ini adalah ceritera Turkey aku datang version Syan Punya Belog.
Maaf, sebab agak lama tidak meng-update sebarang post di belog usang ni.
Terima kasih, kepada yg setia menjadi pembaca dan silent reader walaupun tiada sebarang post yang baru. =)
Day #2
Setelah merehatkan diri semalaman, hari ke2 ni kami plan untuk jalan-jalan di sekitar Bursa sahaja. Ke Ulu Camii, ke Old Village, ke Green Tomb dan seterusnya merasa Kebab Iskender yang digembar gemburkan sebagai kebab yang super duper yummy and MUST eat kalau ke Bursa tu.
Bangun dengan super excited-nya, solat subuh dan terus snap gambar pagi di Bursa!
Pemandangan yang sangat awesome di luar waktu tu dengan chimney rumah citizen yg keluar asap, angan2 berada dalam cerita omputih kejap LOL
Bersiap dan breakfast dkt rooftop hotel! pemandangan dr rooftop mmg sangat daebak! dapat tengok rumah2 citizen dekat lereng bukit dengan kabusnya, menenangkan.
sekarang jom jalan2 sekitar bandar Bursa!
1. Ulu Cami Mosque
Seharian hujan renyai2 turun membasahi bumi Bursa..sejukkkk~
Interior design mosque ni sangat mengagumkan..memukau! Bukan hanya mosque ni..SEMUA mosque especially Blue Mosque! That part will be written next time hehe
Meet our tour guide yang tak berbayar! Erjan! Very nice person and soooo talkative haha Kalau nak jadikan dia tour guide korang semasa berada di Bursa, sila lah stay dekat Hotel Grand Heykel! sangat sangat di rekemen kan untuk stay dekat hotel dorang. Service tiptop!
2. Green Tomb
dari Ulu Cami kami berjalan kaki menuju ke Green Tomb pula..lupa nak mention, semua tempat ini HANYA walking distance daripada hotel kami menetap.
The Green Tomb is a mausoleum of Sultan Mehmed I Celebi that forms part of the Green Mosque complex. Terdapat beberapa makam kat dalam perkarangan masjid ini. Bermula dari askar, panglima perang dan sultan.
dekat bahagian luar ada satu clock tower juga.
Ambik gambar dengan meriam dan clock tower with Wawan! hehe (^_^)v
3. Old Village (Tarihi Cumalikizik Koyu)
After dah puas ronda2 sekitar bandar Bursa, even xpergi semua tempat yang WAJIB dilawat, kami pun bergerak menuju ke The Old Village selepas solat Zohor.
Old Village ni memang sangat old, 700 yr old village uolls~
dalam misi membeli tiket bas..sorry guys, candid time! haha
Harga tiket lupa dah berapa satu kepala, kalau tak silap dalam 2 ke 3lira.
warna warni angat bangunan dalam kampung ni, >.< salah satu tarikan pelancong datang ke sini adalah bangunan sangat old style dan dicat warna warni. Surrounding dekat village ni sangat menenangkan!!
Berapa kali dah aku tulis perkataan menenangkan kan? well, tujuan utama aku pergi bercuti dekat Turkey ni adalah untuk mencari ketenangan, cehhh ayat bajet hahaha
say hello to them! Ni la kawan2 yang join sama dalam trip kali ni..
trip ni sangat kecoh dengan telatah masing-masing..haha
snap snap with the neighborhood kids.
They give us permission to enter their house..apa ek nama dorang? -.-'' aku dah lupa..adoiii~
ada macam dalam scene Harry Potter tak?
kalau tak pun ada macam dalam scene cerita omputih tak? haha
bila tengok gambar ni, teringat apa dorang cakap,
"bah Syan, ambil dulu bah gambar kami, bah posing semua~ "
posing habis bah dorang 3 orang, control macho ka tu? haha
bergambar dengan dinding pun jadilah haha
boleh bayangkan tak suasana dalam kampung tu macam mana? I wish I could stay there. #Iwish
Dah puas ronda-ronda dalam Old Village, jom balik ke kota!
Turn utk makan Kebab Iskender pulakkkk!
suasana dalam bas no.22 untuk ke Old Village tadi.
The one with red earmuff tu, nama dia Syahril, senior 5th year kami. Single lagi, berkenan? Whatsapp me okay! hahaha kidding Syahril~ =p
4. Iskender Kebab
Orang kata kalau tak try Kebab Iskender nanti rasa rugi, sebab kebab ni antara makanan yang WAJIB makan bila datang Bursa. Salah satu tarikan pelancong dekat Bursa ni.
sampaikan kena beratur panjang untuk tunggu turn makan kebab ni..hebat tak hebat tu penangan kebab ni.
kami beratur dalam 30min macam tu sebelum dapat tempat duduk. Ramai sangat tourist yang beratur dekat luar kedai ni waktu tu, ada tourist dari China, Russia, even penduduk tempatan pun beratur sama.
dalam kepenatan dan lapar, kalau kena minta tengok camera, semua akan automatik lupa kepenatan dan kelaparan mereka sebentar tadi haha
dah dapat tempat duduk, jom makan!!
satu hidangan kebab ni 20lira kalau tak silap. Apa yang ada kat dalam hidangan ni, potongan daging kambing, yogurt, sos istimewa Iskender, sayuran seperti yang korang nampak and dekat bawah daging tu ada potongan roti, not sure roti apa..yang penting kebab ni SANGAT SEDAP!
make sure korang datang makan dekat kedai ni ek, dekat ja dengan Hotel Grand Heykel, walking distance.
selesai dinner semua, balik hotel dan rehat.
Esoknya ke Uludag pula, main ski, main snow!
untuk cerita ke Uludag, ski dan snow kena tunggu next post yaaa~ =)
sekali lagi maaf atas kelewatan update cerita ke Turkey ni..huhu selamat membaca dan semoga post ni bermanfaat untuk mereka yang berkeinginan untuk ke Bursa,Turkey.
Wassalam~
3 comments:
Allahuakbar, seronoknya syan...
@Farah Waheda Wahid kak farah, jom pergi sama nanti! saya pun xpuas jalan kat sana lagi ni hehe
Wah.. bestnya...
Post a Comment