AssalammualaikumWBT & Sejahtera.
this is our "NEW YEAR CELEBRATION" here in Egypt.
Dengan samseng, bunyi gunshot/firecracker (i'm not sure) & tears gas bagai.
Nasib baik tadi masih dekat dalam department COMMED waktu kejadian, so just dengar huhahuha dekat luar and merasa tears gas smpi menangis kot lulz~
pedas kulit macam kena sembur lada..korang imagine la macam mana.
yang dekat bawah ni plak apa yang kawan aku alami pada waktu yang sama tapi tempat yang berlainan.
----------------------------------
Essay escape plan yg menervouskan. Ini bukan poyo. Share experience yg berjaya buat den pucat kata kawan den.
Dalam pukul 12.45, Ain "ha muja dengar tak bunyi tu? Bunyi macam tembak (gema)" tp kitorang mcm rileks je sebab mcm jauh. sebab Ain ada pengalaman berlatih menembak waktu dekat plkn dulu.
Lebih kurang 1 pm. Sy dan Ain. Lepas habis solat dekat forensic building (the building next to our class) , tetibe ada org lari2 naik tangga. Ramai. Malaysian & Egyptians. Ask them what happen. Kata mereka ada polis & samseng. Tembak menembak & pukul memukul. Kesahihan wallahua'lam. Ada Egyptian ladies menangis, terkejut kata kawannya.
Nak keluar building, the locals tutup pagar. Risau ada samseng naik bangunan. Stuck. Dengar bunyi kayu patah2 dalam bangunan. Nervousss. Reupanya male student cari kayu untuk protect kitorang. Thank you!
Dorang cakap dah selamat nak keluar. Class semua cancel. Kitorang carik housemates kitorang lg 2 org. Dah keluar kata org sekeliling. Kiri kanan jalan orang pegang kayu. Mcm ada rombongan jerit2 dari arah belakang. Terus tarik Ain jalan cepat2 keluar pagar.
Beberapa meter jalan kedepan dekat bangunan yg ada atm, nervous balik. Kumpulan Polis FRU datang dari arah tepi depan. Kumpulan pakai topeng hitam berkayu daripada arah tepi belakang. Kumpulan escape kami stuck kejap. Lepas dah make sure safe, terus kan perjalanan keluar uni.
Ikut kumpulan tu. Tp taktahu dorang bawak kitorang pergi mana. Rupa2nya lorong sebelah kedai Rashedy. Rileks je dorang kat situ. Haha. Dapat call daripada Izzah & nadia. Meet up dekat lorong tunggu tramco.
Sy dan ain jalan berdua ke depam lorong. Orang bertopeng ada lukisan (ain nervous sebab scary) lalu sebelah kitorang. Beberapa meter, Alhamdulillah meet up dengan Kiera & Nadia. Sepanjang jalan drp forensoc building pegang tangan dengan Ain takut lost. Mcm mak ngan anak dah. Haha.
Dekat lorong jalan cerita lain pulak. Stuck. Ini kami bebetul depan belakang kami orang pegang kayu ramai2. Nervous kalau tu samseng. Dalam kabut tu, Allah bg ilham ambek keputusan untuk seberang jalan. Almost accident sebab kereta tu taknak berhenti. Ceit.
Sampai dekat tempat tunggu tramco, first tramco yg sampai menuju ke Salam terus kitorang naik despite of kepadatan. Tawakkal. Nak get out of the situations.
Dalam tramco (baca mini bus) still nervous. Escape plan yg nervous. Alhamdulillah Allah jaga kitorang. And Alhamdulillah weather harini sejuk sikit so dengan winter coat yg tebal tu bolehlah jalan speed berapa entah.
Alhamdulillah Now we are homee. Housemates cerita nampak ada org kepala berdarah dah masuk bangunan class kitorang. Kelas yg dekat atas pakcik kunci pagar sbb ada org ckp samseng masuk bangunan.
Experience. Sangat. InsyaAllah one day everything will be fine. Doakan kami semua ye Doakan Egypt sekali.
-------------------------------------
mohon sangat sangat supaya korang yang lain doakan keselamatan semua pelajar Malaysia dekat Mesir ni. Bukan kami tak mahu pindah Malaysia bila dibagi peluang tempoh hari, kami sudah cuba untuk pindah dalam negara, tapi apakan daya, jodoh kami kuat di sini. Maka inilah takdir kami.
mohon korang doakan keselamatan kami dan doakan agar Mesir kembali aman macam dulu. Amin.
so fellas, this is our New Year Celebration in Egyptian Style! hehe
wassalam~
No comments:
Post a Comment