al kisahnya bermula begini.
father to be, Encik Hadi Zulkepli mengidam nak makan kerang kata nya. Isteri dia yang mengandung dia pulak yang mengidam, terbalik.
so dia tanyalah dekat group batch sapa2 yang mahu ke Dumyat ASAP. Sebab dia dah mengidam tahap tak boleh nak tahan lagi katanya. Plan punya plan, risik punya risik, akhirnya hanya 11 orang yang pergi ke Dumyat untuk melantak kerang yang super banyak musim winter ni.
bila kerang naik ke darat, |
maka bermulalah ekspidisi kami memungut kerang yang sedang bergelimpangan di Dumyat. Perjalan dari Zagazig ke Dumyat memakan masa 3jam perjalan menggunakan tremco ( baca mini bus). Yang ni plus minus sesat nak cari pantai tu dekat mana. Ntah berapa kali pusing ammu tremco ( baca pakcik mini bus) dekat highway sebab tak jumpa pantai. Maybe dia pertama kali juga ke Dumyat. So sabar ja la.
Aku siap motion sickness gak waktu ni, dua kali minta ammu tu berhenti sebab nak mengeluarkan stomach content aku. Malu sehhh depan budak2 lelaki. Siap suruh dorang jangan pandang and jangan cakap apa2 dekat orang lain pasal aku motion sickness, hilang macho aku =p lulz~
sampai ja dekat pantai tu, dari kejauhan terhidu dah bau hanyir kerang yang dah busuk. Arabs sini tak makan kerang kata kawan aku, so that why la dorang tak jakun bila musim kerang, tak macam budak2 Malaysia yang berebut2 nak datang Dumyat semata2 nak kutip kerang2 ni. Macam kami la, jakun. harharhar
sampai ja dekat tempat kejadian, kami mulakan sesi menghidupkan api untuk BBQ. Tugas ni kenalah dilaksanakan oleh kaum adam..kaum hawa kerja dia kutip kerang and kopek siap2 untuk BBQ. Perhatikan father to be, sweater color hijau, dia sangat tidak kesabaran untuk hidupkan api, siap lari ke pantai dulu untuk kutip 2 3 biji kerang untuk dia panggang, ni lah penangan mengidam. LOL
gambar sewaktu kejadian memungut dan mengopek kerang tak sempat nak disemadikan sebagai kenangan, sebab tangan sangat kotor. So minta maaf sangat la ya..takda gambar nak ditunjuk bukti "kerja keras" kami waktu tu..hehe
dari sebelum Zohor kami sampai, balik selepas azan Asar berkumandang..dalam 4jam juga kami di sana. Lepas dah settle semua, dah bersihkan tangan semua baru boleh tangkap gambar semula.
perhatikan di belakang kami..itu semua kerang. |
le girls in this trip..Kak Yan xda dalam gambar. |
le three friends. Muja, Kiera & Ain. |
this soon father to be yang mengidam. |
kami comel, tu yang kenapa posing macam ni =p haha |
le heroes sepanjang seharian di Dumyat, sorang lagi xde dlm gambar. |
dah siap kemas semua barang2, jom balik Zagazig!!
bye Dumyat! see you again next year in shaa ALLAH. |
sebelum balik Zagazig, jom kita singgah beli halawet (baca manisan) , perjalanan mencari halawet pun memakan masa gak, sebab ammu tremco pun tak tahu dekat mana kedai halawet yang sedap macam yang di describe kan oleh member aku tu. Cari punya cari, call punya call, tanya orang sekeliling yang lalu lalang dan lepas dah lalu 2 kedai halawet, akhirnya kami surrender dan berhenti dekat satu kedai halawet yang boleh dikatakan banyak juga pilihan manisan nya.
dari hujung ke hujung rak ni penuh dgn beraneka manisan mesir. Daebak! |
semua diatas berada dalam kategori manisan dan pastri. Boleh sakit gigi makan manisan banyak weyh..aku pun dah start sakit gigi waktu menulis entry ni, sebab dari pagi tadi makan manisan ja kerja aku (-__-)
so tunggu apa lagi? jom kita beli halawet!!
Hassan teringin nak beli kek, tapi x cukup duit, tu yg tayang muka seposen dia depan tu.
haha gurau ja Hassan, jangan marah ya~
haha gurau ja Hassan, jangan marah ya~
"Keira, tgok sini, nak ambik gambar!" and she automatically make peace sign.
semua orang dah fedup tunggu turn x sampai2. |
Azan Maghrib dah berkumandang dekat masjid berhampiran, tapi tak selesai lagi urusan belian manisan kami. Sebab banyak sangat pelanggan dekat kedai ni. Le boys, sempat lagi solat Maghrib sementara tunggu le girls selesai beli manisan..sorang ja nak beli dekat 2-3kg kot hehe Takut menyesal sebab tak beli.
dah pelik, ni nak datang Dumyat sebab nak kutip kerang ke nak borong manisan? hihi
bila dah selesai semua, singgah dekat surau untuk menunaikan tanggungjawab as seorang hamba ALLAH. Then say bubye to Dumyat, we will meet next year in shaa ALLAH.
Sepanjang perjalanan balik ke Zagazig, dalam tremco (baca mini bus) semua dah sepi..siap ada bunyi dengkuran kecil kedengaran sayup2..tak tahu sapa pemilik dengkuran tu hihi itu buktinya semua kepenatan selepas seharian berjalan.
around jam 930 malam gitu dah sampai dekat Zagazig. Overall, puas hati dengan trip kali ni. Sangat happening sebab dapat pergi dengan kawan2 yang belum pernah lagi jalan sama. Dapat kenal dengan lebih rapat lagi lepas ni in shaa ALLAH.
Dari mula sehingga sampai ke rumah, memang kami puas hati. Takda penyesalan dalam diri ikut trip ke Dumyat ni. Thank you semua. Thank you Muja, Kiera and Ain utk side dishes yang sedap ala2 korea and USA tu!
Thank you kak Yan sebab buatkan cekodok pisang sebagai santapan sepanjang perjalanan. Thank you semua yang turut serta dalam trip ni. Shue, Muja, Kiera, Ain, Kak Yan, Hassan, Muhammad, Muttaq, Loy dan especially thanks to father to be, Hadi. Sebab kau yang mula2 ajak kami semua pergi kutip kerang dekat Dumyat. Kalau tak, xtahu bila dapat pergi.
Hope next year dapat pergi lagi Dumyat. Mesir silalah aman kembali.
ni la penangan bila kerang naik ke darat. Hanya ada di Dumyat, Mesir.
sampai sini dulu coretan kali ni..^^
take care, wassalam~
6 comments:
Bestnya dpt kutip kerang fresh
wahhh... menariknya bila berada di tempat orang... jelesnye... :)
Salam...best kutip kerang? kakpb tak pernah merasa kutip kerang, kopek kerang ada ler....hehe.
singgah follow
www.kucinghitam.net
Waalaikumsalam dan Assalamualaikum...salam singgah malam di sini...
wah , bestnye dapat kutip kerang fresh sambil menghirup udara yang segar.
Post a Comment