a post before exam week


AssalammualaikumWBT dan sejahtera people!

tiada apa yang menarik hendak dikongsikan bersama dalam post kali ni, saja mahu lepas gian sebelum exam 1st midterm next week.

gatal tangan untuk update post dekat blog usang yg sudah hampir 4 tahun umurnya ni..kalau ikut actual umur budak2, baru mahu belajar mengira 123 dan sebut ABC


masih banyak yang perlu aku perbaiki untuk jadi seorang blogger yang berjaya, chewah! bajet retis jap kahkahkah XD fyi sepanjang bergelar blogger ni, banyak sangat kenangan manis dan pahitnya..

aku pernah terima kunjugan blogger hebat seperti Ben Ashaari dan Lyssa Faizureen. Review blog oleh blogger lain, walaupun aku rasa blog aku x layak untuk di review huhu =3 tq kak Farah, blogger Bubblynotes.

aku pernah kena maki hamun oleh anonymous dekat ruangan komen post, blog aku pernah kena kritik kawkaw punya dulu dan macam2 lagi lah, kalau tulis satu2 susah aku nak telan nanti, sebab aku nak ingat yang baik2 ja, yang jahat2 aku nak padam dan ambil pengajaran dan perbetulkan yang mana salah.

perjalanan hidup aku as blogger sudah lama juga actually, rasanya sudah lebih drpd 4tahun, tapi secara officially nya aku aktif  baru 4tahun, dulu low profile blogger seja, tulis post and aku sendiri seja yang baca hihi kesian betul. Siapa yang pernah baca post aku dolu dolu tu, mesti sekarang ketawa terbahak-bahak kalau baca semula..dulu versi budak2 lagi penulisannya, ntah apa2 lah yang aku tulis aku pun x tau haha

kalau dulu update blog paling kurang seminggu sekali, tapi sekarang, sebulan sekali paling kurang aku akan update blog ni..tu pun tgok kepada tahap kemalasan dan idea. Macam sekaranglah, mahu tulis post ni pun makan banyak masa untuk susun ayat dan draft segala, adoiii (-___-) berkarat sudah otak untuk dunia penulisan ni. Tapi keinginan untuk update blog tu melonjak-lonjak, huh!

lama terhenti, fikir apa yang aku kena tulis lepas ni, apa ayat seterusnya? see how pathetic I am..cuba suruh buat karangan 500 patah perkataan, ntah berapa jam aku ambil untuk siapkan satu karangan tu nanti kalau begini lah kejadiannya..tiba2 cakap pasal karangan la pula di sini, heol~

ni semua sebab pengumuman result PMR hari ni la ni, buat aku teringat kenangan manis waktu ambil result PMR dulu. Neway, tahun kegemilangan aku sudah lepas, sekarang tahun kegemilangan untuk adik2 yang ambil PMR tahun ni pula. Sekalung tahniah kepada meraka yang berjaya dengan cemerlang, dan takziah buat mereka yang tidak mendapat keputusan yang memberansangkan..SPM boleh cuba lagi, jangan putus asa, buat lagi yang terbaik, in shaa ALLAH all is well ;)



” Jangan engkau berputus asa kerana kelambatan pemberian Allah kepadamu, padahal doamu bersungguh-sungguh. Allah telah menjamin menerima semua doa sesuai dengan yang Dia kehendaki untukmu pada waktu yang telah Dia tentukan. Bukan menurut kehendakmu dan bukan pada waktu yang engkau tentukan.




usaha itu tangga kejayaan, sekali kita gagal bukan bermakna kita gagal untuk selamanya. Percaya kepada kemampuan diri, jatuh dan bangunnya diri kita dalam perjuangan sebagai seorang pelajar ni in shaa ALLAH bakal menjadikan kita seorang insan yang berguna suatu masa kelak. Mungkin bukan sekarang, tapi siapa tahu 10 tahun akan datang kita akan jadi seorang yang berjaya dan boleh membanggakan ibubapa kita. YAKIN dan PERCAYA! kata seorang sahabat.

begitu jugalah kita kena apply dalam kehidupan seharian kita, sebagai contohnya sebagai seorang blogger ni..kalau dulu 2 3 orang seja yang baca blog kita, jangan putus asa untuk terus perbaiki cara penulisan, biarlah mula2 penulisan tu macam budak2 tadika, kejap kecil kejap besar, itu style! apa orang mahu cakap peduli mereka, tapi jangan teruskan begitu kalau umur sudah menginjak dewasa, cuba ubah style penulisan sejajar dengan umur semasa..takkan lah umur 21tahun tapi penulisan macam budak darjah 3, heol~

kalau orang kutuk kawkaw, jangan putus asa, ambil yang baik drpd kritikan dia, cuba ubah apa yang dia tegur tu..terima dengan hati terbuka, elak berprasangka buruk dengan kritikan orang kononnya untk menjatuhkan kita..apa tu, buang yang keruh, ambil yang jernih? macam tu lah yang sepatutnya kita apply dalam kehidupan seharian.


Keep CALM and CARRY ON!



fyi exam 1st midterm kami start next week in shaa ALLAH..our 1st official exam as 4th year medical student of Zagazig University. Siapa yang cakap 4th year adalah honeymoon year adalah totally salah! tapi memang betullah banyak masa kosong dan kelas habis awal setiap hari..tapi itu bukan honeymoon if bila balik kau kena belek semula apa yang doc ajar dekat kelas tadi supaya kau tak lupa and faham and dapat jawab if doc tanya kau semula waktu kelas revision.

4th year ni best, sebab dapat tengok penyakit dan surgery depan mata..tapi kalau part surgery tu belum pernah lagilah pergi OT, tengah mencari masa yang sesuai untuk masuk OT, sebab kebanyakan surgery session tamat jam 2petang, and waktu before jam 2pm tu memang packed dengan kelas. Waktu hari cuti plak, Khamis OT cuti sebab, kena sterile, Jumaat plak memang cuti umum Egypt, so agak susah untuk pergi waktu hari2 kelas..kena cari masa juga untuk jejakkan kaki dalam OT dekat Egypt ni! mesti!


panjang berjela sudah rupanya post aku kali ni hihi kena undur dirilah nampaknya, see you guys soon, and wait for my next post k ^^v 

thank you sebab spend time untuk baca blog ni..alfu syukran!

take care and wassalam~


1 comment:

Azurah said...

good luck for your exam.