tak lari kemana juga jodoh tu, tak payah nak kejar~

AssalammualaikumWBT..

tuptuptup.. start ja buat post terus buka cerita perihal jodoh..apa ka? =_="

haha xda apa2, saja ja mo share something dgn pembaca semua apa yang aku dapat lepas join SC housemate aku semalam.

SC atau Smart Circle ataupun Usrah ni dijalankan setiap hari Jumaat setiap minggu. Tapi SC housemate aku last week xdapat nak buat pada hari Jumaat sebab kak Ada (naqibah) ada hal dekat Cairo, so dorang postpone ke hari Isnin and housemate aku, Shue, request untuk buat SC tu kat rumah kitorang sekaligus buka puasa sama2 before berSC.

aku yang pada mulanya malu2 kucing utk join dorg buka puasa sama2, buka puasa dalam bilik sorang2, xde feel weyh, sedih~ but at last, aku join juga haha

dipendekkan cerita, lepas solat maghrib dan makan utk round ke2..kak Ada pun buka majlis and start SC dgn bacaan Yassin. Then kitorang kena bahagi kepada 2 bahagian, group budak2 Farmasi dan budak2 Medic..

budak2 farmasi kena handle oleh kak Ada selaku senior tahun akhir Farmasi, and group Medic lak kena handle oleh Kak Najwa, super senior Medic kami dekat sini. SC kali ni berkisar dalam konteks "apa yang korang nak tahu?" "ada apa2 masalah yang akak boleh tolong?" its more to heart to heart punya style.

fyi, kak Najwa ni merupakan salah seorang mutazawwijin (Pasangan berkahwin) dekat Zagazig ni, suami kak Najwa, Dr.Bukhari masih lagi student 5th year naik 6th year kat U kitorang ni, tapi Kak Najwa start HO dah..dia buat HO dekat Hospital University ni, sebab musababnya aku tak tahu sangatlah..mo tanya, tapi asyik terlupa. Tapi aku husnudzon ja la ek, dia mo tunggu suami dia habis belajar lah kot, x sanggup mo tinggalkan suami dia sorang2 kat sini, sweet kan? hihi

sangat banyak benda kitorang tanya dekat kat kak Najwa ni..

" macam mana akak bahagi masa utk belajar, kerja dan jadi seorang isteri?"

"apa tips-tips untuk kekal dalam bidang ni?"

"macam mana akak adapt dengan suasana HO dekat Egypt ni?

and so on..tapi soalan last kitorang memang paling jadi highlight SC malam semalam la,

"tips kawen awal drpd akak?"

hihihi sempat lagi =p

Kak Najwa bagitahu, kalau nak kawen awal, especially buat perempuan,


  • Kena tunjukkan pada family yang kita boleh berdikari dan sudah cukup dewasa.
  • Tunjukkan pada family yang pelajaran kita sudah stabil.
  • Dekatkan diri dengan ALLAH
  • Cari pasangan yang bila kita bawa jumpa dekat family dapat buat dorang rasa selamat untuk lepaskan kita.
  • PALING PENTING, kalau masih belum dapat green light, kena bergelumang dengan SEDEKAH, DHUHA dan HAJAT.


yup! SEDEKAH, DHUHA dan HAJAT.

kenapa? sebab ketiga2 perkara ini in shaa ALLAH dapat buka pintu rezeki kita dari setiap penjuru..tidak semestinya perihal jodoh sahaja =)

kak Najwa pesan lagi, cepat atau lambat jodoh tu datang, jangan pernah mengalah untuk berusaha. Mungkin ALLAH tengah merancang yang terbaik untuk kita semua =) jadi sabar dan teruskan fokus dalam pelajaran dan masa depan.

soal masa depan pula kak Najwa pesan supaya sentiasa ada plan A, plan B dan plan C..kalau plan A xdapat, masih ada plan B dan C untuk dikejar. Ikut seja flow sekarang ni, get well prepare. Kak Najwa pesan lagi, ikut berita semasa negara, perlu sentiasa up to date, jangan up to date pasal artis plak memanjang kan, asyik2 buka Beutifulnara.com ja kerja =p haha itu aku yang tambah k =p

kembali kepada soal jodoh tadi,

kalau dulu, aku memang teringin mahu kahwin awal..tapi sekarang aku rasa itu bukan satu perkara yang aku kena utamakan dahulu. Sekarang aku kena berikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran aku. Kalau ada jodoh, mesti tak kan kemana juga tu..pusing2 dunia ni, jumpa juga tu balik kalau sudah memang jodoh.

jadi buat si dia..terima kasih kerana faham, terima kasih sebab berusaha, dan terima kasih sebab bertahan. Ada jodoh kita, takkan kemana juga tu. Kumpullah dulu $$$ tu k hihi =p

SEDEKAH, DHUHA dan HAJAT


buat mereka2 yang telah pun mendirikan rumah tangga baru2 ni dan akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi, alfu mabruk buat kalian dan pasangan! semoga sentiasa dalam pelihara ALLAH dan berkekalan hingga ke jannah! amin~

terima kasih kak Najwa atas perkongsiannya semalam, banyak sangat info yang kami dapat dan dapat buka pemikiran kami pasal isu semasa sekarang..syukran kak!

fyi, kak Najwa mom to be okay..dah 4bulan, alhamdullillah. Congrats kak Najwa dan Dr.Bukhari!

semoga anak yang bakal lahir akan menjadi anak yang soleh dan solehah untuk kedua org tuanya kelak, amin~

okay laa, need to go now fellas! curi masa waktu petang sikit untuk buat post ni, banyak lagi benda tak update..kemalasan utk blogging tu makin meningkat2, so kita postpone la ke next next next post k~ ngeeee =p

take care and see u guys dalam post seterusnya ^_^

wassalam~

No comments: