Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

AssalammualaikumWBT dan salam sejahtera.

alhamdullillah dipertemukan lagi kita dengan bulan Ramadhan bulan penuh dengan keberkatan.. ^^

Ramadhan tahun ni in shaa ALLAH akan dihabiskan di Malaysia sepenuhnya, ohyeah!!

Ummi kejutkan bangun sahur setiap pagi selama sebulan hihi

xdapat bah mo bangun sendiri if sudah duduk dekat rumah ni~

lepas tu kalau rasa mau makan itu makan ini, bawa Abah ke bazaar waktu petang. Tak pun Ummi masak kan! i'm excited!



tapi yang x best nya, Ramadhan dan Syawal tahun ni tanpa arwah Atok =(

last Friday, kami sekeluarga except my younger brother balik ke kampung untuk ziarah dan bersihkan kubur arwah Atok dan Nenek.

setiap kali menziarah kubur, airmata ni x pandai mau control sobsobsob

lagi-lagi bila itu lah kali pertama pergi ziarah pusara Atok selepas 7 bulan pemergian arwah Atok, adik rindu atok =(

selesai bersihkan kubur dan sedekahkan surah Yasin dan al-fatihah, kami pun pergi ke rumah mak sedara sementara tunggu Abah selesai solat Jumaat.

then waktu otw balik, lalu depan rumah Atok dan Nenek, terbayang-bayang di mata yang arwah Atok sedang duduk di kerusi dekat beranda rumah macam selalu. I can see him there, sitting like usual, hold his forehead, wear a sarong and waiting for us to return home. huhu

sekarang rumah tu pakcik dan keluarga dia yang duduk, ambil alih tugas menjaga rumah peninggalan arwah.

sampai sekarang rasa macam arwah Atok masih ada, masih tunggu kami pulang setiap bulan ke kampung.

Ummi cakap hari tu, hampir Ummi terdail no.phone Atok. huhu

sedara mara pakcik makcik yang lain pun cakap benda yang sama. Masa akan berlalu, nanti semua orang akan adapt dengan semua ini....

Ramadhan tahun ni tidak akan sama macam Ramadhan tahun tahun lepas.

Ramadhan tahun ni, tiada lagi Atok untuk bangun sahur bersama dan tiada lagi Atok yang suka perli kami sebab makan banyak sangat waktu berbuka.

I miss him..

Allah tempatkanlah arwah Atok dan Nenekku di tempat orang-orang yang beriman, Al-fatihah~





semoga Ramadhan tahun ini dapat mengajar kita erti kesabaran dan mengubahkan kita menjadi seorang insan yang lebih baik daripada sebelumnya, in shaa ALLAH.

semoga dalam bulan Ramadhan ini, keadaan Mesir kembali aman dan sejahtera.

semoga tahun ni, kita semua dipertemukan dengan malam seribu bulan, malam lailatul qadar.

semoga tahun ni, solat terawih kita penuh 21 rakaat selama sebulan melainkan dapat "cuti" khususnya kaum hawa.

semoga tahun ni dapat khatamkan 30 Juzuk Al-Quran tu, in shaa ALLAH.

dan akhir sekali,

semoga kita semua dapat keredhaan ALLAH dan dapat kumpul ganjaran pahala sebanyak mungkin.

Salam Ramadhan al-mubarak daripada saya kepada semua blogger yang beragama Islam.

wassalam~


5 comments:

Shad said...

selamat berpuasa, syan

Unknown said...

selamat berpuasa ^^ let's kumpul pahala banyak2 hehe.

Unknown said...

@sha dhira selamat berpuasa juga dira ^^

Unknown said...

@Nurfaezah Abdullah jom!

Fiqa Nsz said...

selamat berpuasa..done follow here :)
fiqansz.blogspot.com