sejak kebelakangan ni ada beberapa orang dan rakan2 yang prihati terhadap keadaan Mesir yang sedang bermandi dengan muzaharat, gas pemedih mata dan peluru hidup sekarang.
ada yang datang tanya dekat saya, tapi saya minta maaf sebab tak boleh nak ulas apa2 pasal keadaan dan isu politik Mesir sekarang. Sedangkan parents saya sendiri tanya, saya hanya boleh cakap " ntah, nda tau~"
bukan saya tidak ambil peduli mengenai rumah kedua saya itu, I do care, yes I do.
tapi untuk mengelakkan saya menyampaikan berita palsu dan menambah buruk lagi keadaan semasa sekarang, baik saya berdiam diri sahaja.
tidak salah untuk korang bertanya, tapi maaf, saya tidak dapat memberi sebarang komen.
lebih-lebih lagi bila salah seorang pensyarah dari salah sebuah university d sana telah pun mengeluarkan ketidakpuasan hati beliau terhadap segelintir pelajar Malaysia mahupun rakyat Malaysia yang menetap di Mesir telah menyampaikan dan menyebarkan berita2 yang kurang enak mengenai negara mereka, sedangkan mereka sama sekali tidak pernah masuk campur semasa isu pilihan raya kita yang lalu.
gambar daripada seorang sahabat yang FRIEND dengan doctor ni. |
tidak salah juga untuk kita sama-sama membaca apa yang di share kan d FB tu, tapi untuk percaya 100% itu jangan sekali. Walaupun orang yang share tu belajar or menetap di Mesir saat ini, tapi mereka bukan RAKYAT MESIR! mereka juga tidak ketahui hal sebenar yang berlaku.
Dengar2 ada segelintir peniaga sudah mula boikot pelajar Malaysia di Mesir kerana telah menyebarkan sesuatu berita yang kelihatan PRO kepada sesuatu pihak dan ada beberapa beberapa kes yang telah dilaporkan menurut sumber telah mengancam keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di sana sehingga ada yang diugut menggunakan pisau, wallahualam.
oleh itu, sama-sama kita doakan Mesir kembali aman dan sejahtera seperti dahulu. Mesir merupakan rumah kedua bagi kami pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sana. Sekotor mana keadaan sana dan sekasar mana pun orang-orang di sana, tapi itulah 2nd home kami.
lagi satu, saya sangat sedih dengan media massa Malaysia sekarang, kadang2 bukan betul apa yang mereka sampai kan. Cuba jangan cuba keruhkan lagi keadaan sekarang.
Pray for Egypt and all its contents!
Al-fatihah untuk mereka yang telah syahid mempertahankan negara mereka.
1 comment:
mungkin lebih baik berdiam diri. jaga diri baik2 ye yang
Post a Comment