Tips : Melebatkan dan memanjangkan bulu mata menggunakan Vaseline Oil!


wait a second, what?

melebatkan dan memanjangkan bulu mata menggunakan Vaseline?

hang biaq betul? bukan ka Vaseline tu hanya untuk penjagaan kulit dan bibir yang kering? apa pasal pula tetiba boleh melebatkan dan memanjangkan bulu mata? *konfius*

pada mulanya timbul juga keraguan dalam hati mengenai fact ini, tapi setelah mencuba sendiri dan menyedari ianya memang 100% true, rasa sangat-sangat amazed! so that why decide untuk share dengan korang pasal benda ni, mungkin ada yang tak tahu lagi, so ini lah masa nya untuk kita sama-sama belajar benda baru, ye dok? hehe

korang mesti dah tahu kan Vaseline itu sendiri diperbuat daripada 100% pure petroleum jelly, dan korang boleh baca kebaikan2 petroleum jelly tu dekat link yang aku dah kasik tu, nak explain pepanjang kang ada yang jd belatuk depan laptop/PC memasing hehe

I know about this tips a few months ago, tu pun dari geng bas sekolah. Thanks to you Emma! sekarang aku dah boleh bergaya dan melaram dengan bulu mata yang lebat, panjang dan sihat! ^_^v kalau dulu, hampeh! kemetot ja bulu mata aku, hari-hari ada ja orang rindu aku, sebab hari-hari ada ja bulu mata yang gugur huhu

tapi kini tiada lagi masalah. Kita semua mampu miliki bulu mata yang panjang dan lebat tanpa perlu menggunakan bulu mata palsu mahupun mascara yang menyemak tu *macam buat iklan lah pula bunyinya* 

actually I x reti pakai mascara, asal pakai ja mesti comot, lepas tu lap semula. *down* so, inilah jalan penyelesaian bagi orang macam I ni sobsobsob ntah apalah yang aku reti, semua pun ada ja yang x kena, brooch pun pandai jatuh/hilang lepas dah pin elok-elok *sigh*

tak nak panjangkan post ni sangat, so sekarang saya nak tunjukkan macam mana cara nak apply Vaseline tu ke eye lashes kita.



1st of all semua orang mesti ada Vaseline oil ya, not Vaseline losyen or else.



then, gunakan dua jari anda, ibu jari dan jari telunjuk untuk ambil secubit/sedikit Vaseline oil, gosok-gosok sikit jari tu before apply ke bulu mata anda.



then gently apply ke lashes dan kelopak mata, hati-hati jangan sampai masuk kedalam mata pula, nanti x pasal-pasal mata korang inflame pula kang huhu perlahan-lahan dan secara lembut ya, xnak tercabut bulu mata korang nanti kalau terlalu ganas waktu sapu tu.



lepas tu kalau korang nak lentikkan lashes korang tu, saya cadangkan gunakan pelentik bulu mata tu ya. Baru nampak awesome sikit hihi

better apply tips ni sebelum korang masuk tidur dan after korang bersihkan muka korang daripada sebarang make up dan kotoran. Kalau nak apply sebelum keluar rumah pun xda masalah. Kalau saya, saya suka apply before tidur dan waktu nak keluar rumah, dah jd rutin dah ponn~

fyi effect xkan terus menerus popp! muncul, tetiba eye lashes korang lebat dan panjang lepas sekali korang guna, itu dah jadi magic tu, tak sangka Vaseline ada kuasa magic hihi korang kena apply tips ni hari-hari barulah effect dia popp! muncul and berkekalan

kat bawah ni, saya serta gambar sebelum dan selepas apply Vaseline oil tadi,


BEFORE apply Vaseline

AFTER apply Vaseline

nampak tak perbezaan before dan after apply Vaseline tu? sangat-sangat menakjubkan bukan? hehe

klo budak lelaki pun nak try sama, xda hal. Benda ni baik kot untuk nampakkan penampilan diri yang lebih kemas dan nampak confident waktu bergerak ke hulu ke hilir, tapi x perlu lah kan nak guna pelentik bulu mata tu hihi

lepas ni tak payah susah-susah nak buang duit beli mascara mahal-mahal, Vaseline pun dah cukup! ^_^

Mascara boleh pakai untuk eye lashes ja, Vaseline satu badan boleh pakai! sudah jimat di situ, duit untuk beli mascara tu boleh simpan untuk kahwin! harharhar

okay I think cukup sampai di sini perkongsian kali ni, lain kali kita share something yang lain plak ^_^

Happy weekend semua!

p/s : 1st time buat post menggunakan muka sendiri w/pun hanya sekadar nampak mata dan nampak sekerat hidung hahaha  rasa lawak pula ngeee~ pleasured to share something with u guys.

18 comments:

Unknown said...

nanti nak cuba tips ni .. ^ nice

Unknown said...

@Nana Liena sila sila ^_^

Mysara Ab Rahman said...

wah...kte pn baru tau tips ni

Unknown said...

@Mysara Ab Rahman lepas ni boleh try sama ^_^

nadiah eshak said...

whoaa :O hebattt . nak kena cuba ! tahnx for sharing :)

mysa said...

really?
waa nt k.mai nak try la jugak
thx syan for sharing this!!
=)

Unknown said...

@nadia eshak sama2 ^_^

Unknown said...

@mysa jom try sama kak mai! ^_^ mana tau nnt baby pun ikut dpt bulu mata lebat hehe

nurains said...

haa wah tips baru. ain cuma tau letak aloevera jaa ^^ hehe

Anonymous said...

Bulu mata kita akan kekal mcm ni or lepas basuh da jdi mcm biasa?

Unknown said...

@Batrisyia Mohamed Jafri akan hilang klo d basuh, tp klo apply tips ni setiap hari, in shaa Allah akan kekal =) selamat mencuba!

Pinkishbeautystore said...

Boleh Cuba ni..

Dzulkarnain Zulkifri said...

Saya pun nk cuba juga lah.. thanks 4 de info... :-)

fatimah said...

perkongsian yang sangat menarik ni. terima kasih admin. Semoga menulis artikel yang menarik dengan lebih banyak lagi selepas ini. :)

sekarang ni ada bermacam-macam je orang guna untuk mencantikan kulit. antaranya, ialah dengan pengambilan vitamin. berminat nak tahu. meh terjah blog saya. :)

Unknown said...

suka blog ni..comel..tips pon berguna..gomawosibnida

Unknown said...

Bole digunakan utk melebtkan bulu kening jga?

Unknown said...

Hi syan. I have read your blog. Dan ini sangat bagus sekali. Saya juga sedang menumbuhkan my lashes, but i use castor oil, coconut oil, and vitamin E oil. They work faster than the petroleum jelly. You should try that ;)

sabrinashekhahmad said...

Thank you!! Dah lama cari tips ni