Tips : Solekan minimum untuk keluar rumah


Ayuh berkongsi tips solekan bersama saya! sekadar untuk suka-suka! ^_^

Kini ramai selebriti yang mula keluar tanpa sebarang solekan atau hanya mengenakan sedikit sahaja solekan.

Ketika di karpet merah pada acara gala premiere "The Great Gatsby" baru-baru ini, Carey Mulligan hadir tanpa mengenakan solekan tebal dan hanya memakai maskara sahaja. 

Malah, penyanyi remaja popular, Demi Lovato memberitahu dia berasa lebih cantik sekiranya tidak mengenakan sebarang solekan. 

"Dulu, saya beranggapan diri saya cantik apabila bermekap tebal untuk menghadiri acara karpet merah."

"Tanggapan itu kini berubah dan saya berasa lebih cantik sekiranya keluar bertemu janji tanpa solekan," katanya kepada majalah Self. 

Malah, jelas pelantun Skyscrapper ini, dia juga merasakan keyakinan dirinya semakin bertambah jika tidak bersolek. 



Jadi jika anda juga mahu untuk punya rupa yang mudah tetapi sempurna seperti selebriti terkenal, ikuti tip-tip dibawah: 

Persediaan Kulit Wajah
Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Di ikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol hanya akan menjadikan kulit kering,malah ia tidak sesuai untuk kuit wajah, ia hanya akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering. 

Cerahkan Wajah
Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukannya berkilat dan berminyak. Untuk kesan begini sapukan "highlighter" di atas tulang pipi, tulang alis dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak. 

Periksa Cela Wajah
Concealer berfungsi untuk menutup cela pada wajah, tetapi jika terlalu tebal dan banyak sangat, ianya akan membuatkan makeup kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan "Concealer" secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak. 

Pilih Bedak Yang Tepat
Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang "Transculent" untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar. 

Bermain Mata
Tampil dengan makeup tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan eri wajah dengan memilih wajah kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yan glembut seperti merah jambu (pink) cerah. Untuk mata sebaiknya pilih jenis "Matte". Hindari pembayang mata "Glossy".

Diharap dengan tip yang diberikan ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!


sumber : Yahoo.com

tak tahu hendak beli segala macam produk or alatan make up di mana? boleh cuba usha dan beli daripada HiShop Malaysia, in shaa ALLAH semuanya ada di sana, will buy something from them when I go back to Malaysia this coming summer holiday! wait for my review ya! ^_^ you guys boleh LIKE fanpage Hishop.my di Facebook juga ^^



No comments: