Selamat Hari Guru.

AssalammualaikumWBT dan salam sejahtera.

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia, terutama sekali guru-guru yang telah mengajar saya dari tadika sehinggalah ke alam University ini. Tanpa kalian siapalah saya untuk berdiri di tempat saya sekarang. Terima kasih cikgu! saya sayang cikgu-cikgu semua! dan sehingga akhir hayat saya, saya akan kenang semua jasa2 baik kalian.

kena guna ayat skema, nanti cikgu Bahasa Malaysia saya datang baca post ni, naya kang kena bagi gred penulisan siap dengan pembetulan tatabahasa lagi haha ooopppsss maaf cikgu~



sedar tak, sebenarnya cikgu-cikgu kita tu bukan sekadar cikgu? kalau tak percaya, korang baca ayat dekat bawah ni..

time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. 
time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. 
time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. 
time RMT.. cikgu jd PELAYAN.. 
time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR.. 
time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. \
time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..

time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI.. 
time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. 
time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU.. 
time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. 
time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF.. 
time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM.. 
time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. 
time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..

time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. 
time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. 
time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS.. 

see, cikgu-cikgu kita memang serba boleh! 
Selamat Hari Guru!

Salam sayang dan rindu daripada kami anak-anak muridmu Cikgu! kerana jasa dan tunjuk ajarmu sekarang kami bertebaran di atas muka bumi ALLAH ini membawa segala ilmu yang telah engkau berikan dahulu, alfu syukran ya murabbi!




2 comments:

Ladfe Amir Zakaria said...

Dah lama tinggalkan zaman persekolahan. Dah lama juga tak jumpa cikgu zaman persekolahan. Dah ada yg meninggal juga

Syan_Neesa said...

@Ladfe Amir Zakaria saya baru masuk 4 tahun habis sekolah menengah, dah rindu kan sekolah sangat2, sbb banyak kenangan waktu sekolah yang kita xble nak recall or buat wktu dah jd student U ni hehe