AssalammualaikumWBT dan salam sejahtera
1st of all ALHAMDULLILLAH, ALLAH permudahkan segala urusan saya dan kawan-kawan untuk naik sampai ke Tahun 5 dalam bidang Perubatan ni. Dah 5 tahun berlalu rupanya..cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam start as 1st Year Medical student yang blurr blurr pasal medic terms ni semua LOL
terima kasih juga untuk semua yang mendoakan kecemerlangan dan keselamatan kami disini, Mesir amnya. Tahun lalu sibuk dengan isu transfer kredit pelajar mesir ke dalam negara, saya memilih untuk terus kekal di Mesir dan meneruskan perjuangan berbaki di sini. Bohong lah kalau saya cakap saya tiada keinginan hendak menyambung pelajaran di dalam negara dan berada dekat dengan keluarga tercinta. Siapa yang mahu berjauhan lama2 dengan family kan? ke ada? hehe
Alhamdullillah, pilihan saya tepat. 4th year saya lalui seperti tahun tahun sebelumnya, pergi kelas macam biasa walaupun kadang2 terperangkap dalam Universiti sebab budak budak arab buat rusuhan and FRU lepaskan gas pemedih mata didalam kawasan Uni. Samseng masuk campur and so on. Ini semua pengalaman yang confirm saya tidak akan lupa selepas saya tamat pengajian nanti, ada lah modul cerita nak digebangkan dengan kawan kawan lain nanti, ooppsss hahaha
tuptuptup dah final exam 4th year. Sekejap ja masa berlalu, sangat sekejap. Alhamdullillah lepas, grade naik sikittt juga.
Naik ke Tahun 5, alhamdullillah.
Start a new life as 5th year medical student. Kitorang tahun ni ada 2 main subject, iaitu Internal Medicine dan Peadiatric.
Sekarang Internal Medicine (IM) dah masuk Round yang ke 4, Round Clinical Pathology dan Clinical Psychiatric. Sebelum ni dah ambil Rheumatology, General Neurology dan Special Neurology
Untuk subject Peadiatric pula dah masuk Round ke 2, Nutritional Round. Sebelum ni Round Nephorology. Phewww, banyak sangat Round, kadang2 pening sendiri haha
untuk IM, setiap round ambil masa 2 minggu untuk habiskan. And every 2 weeks kami akan duduk End Round Exam for each Theoritical Round and Clinical Round, either MCQs or OSCE exam.
Buat masa ni, my favorite round for IM gonna be Neurology round, both general and special.
Untuk Peads, hurmmmmm..haha
W/pun suka budak budak tapi bukan senang nak faham subjek peads ni, seriously.
W/pun suka budak budak tapi bukan senang nak faham subjek peads ni, seriously.
End Round Exam every 2 weeks for IM, and every 6 weeks for Peads.
serius saya mengaku, penat OTAK & FIZIKAL.
kenapa penat otak?
sebab everyday akan diajar topik yang lain daripada topik semalam, kalau semalam dia ajar Seizure, esok dia ajar Hemiplegia plak. Kalau hari ini dia ajar Blood Transfusion, esok dia ajar topik lain pula. Malam kena revise topik sebelumnya dan grab betul2, sebab ada kemungkinan tidak akan disentuh semula kemudian melainkan ada kaitan antara satu mereka.
dan kenapa saya cakap penat fizikal?
sebab ada sesetengah round kami akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam satu hari. Pagi di Hospital Salam untuk Clinical Round, tengahari pula kena berkejar ke Outpatient Clinic untuk kelas theory, yang berada dalam kawasan Universiti yang mana kena pergi either naik tremco a.k.a mini bus (cepat tapi kena labur duit 75sen seorang) or jalan kaki yang ambil masa dalam 15-20min perjalanan kalau rushing gila dan sampai kelas tercungap2. Haha Tapi siapa yang mahu exercise cardio boleh lah hari2 jalan kaki
inshaAllah lagi 2 tahun untuk kami semua bergelar Houseman Officer, mohon doakan kami. Sekejap ja lagi kawan kawan, chaiyok2x!!
welfie dengan classmates yang awesome ni sementara tunggu 2nd class start. |
cukuplah dulu post kali ni, lain kali ada masa saya tulis lagi. Ni pun buat post sebab rasa sudah lama tinggalkan blog ni terbiar.
Oh ya, sebelum terlupa. Takziah saya ucapkan kepada mereka mereka yang terlibat dalam banjir yang berlaku di Pantai Timur negara kita. #prayforpantaitimur
tak tahu nak cakap apa, tak dapat nak describe perasaan waktu ini. Saya doakan semua yang terlibat baik-baik sahaja dan semoga banjir surut dengan cepat. Al-fatihah buat semua mangsa mangsa lemas. Semoga Allah tempatkan mereka dalam kalangan hamba2Nya yang beriman,amiiin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment