Hukuman ekstrem Cikgu kepada murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.





Kalau anak murid tidak menyiapkan kerja rumah, selalunya hukuman ketuk ketampi, pukul telapak tangan ataupun berdiri di atas kerusi merupakan hukuman kegemaran guru untuk pelajar nakal dan degil sebegitu.
Namun berlainan pula dengan keadaan di sebuah sekolah di India apabila gurunya bertindak menghukum pelajar tersebut dengan hukuman yang dilihat sangat ekstrem untuk mengajar kanak-kanak tersebut.
Cikgu itu akan mengumpulkan kesemua pelajar yang tidak memyiapkan tugasan di sebuah kawasan lapang sebelum menyuruh mereka berbaris sambil berbaring dengan tangan dihelakan ke depan.
Posisi itu adalah untuk menyenangkan cikgu itu menunggang motosikalnya sambil melalui bawah tangan pelajarnya.
Hmm, hukuman sebegini mungkin boleh mengajar anak muridnya untuk tidak mengulangi kesalahan mereka buat kali kedua, tetapi perkara sebegini sangat melampau untuk diaplikasikan sebagai hukuman untuk kanak-kanak yang masih kecil – Mynewshub

p/s : tak tahu lah aku kalau cikgu2 dekat Malaysia buat macam ni, nanti x pasal2 cikgu tu kena lenyek dgn boldozer oleh parents student2 tu haha..tapi, tak patah kah jari2 budak2 ni? menakutkan kalau fikir huhu

3 comments:

Lieya Von Jay said...

ya ampun. kejam nya cekgu depa ni, tak patah ka tgn budak tu. kesian nya.

Farah Waheda Wahid said...

ini memang sangat kejammmmmm....

siti azurah said...

hukuman macam memang kejam & tak berperikemanusiaan