Fallin in love with red!

Hello~~

meet my Lady in red.

fallin in love with red!

gambar ni my mum yg tolong snap kan, terus falling in love dengan this pic harharhar thx Ummi!

seharian habiskan hari Sabtu ku bersama Abah dan Ummi. 

ke mana? Ke Hari Peladang dan Penternak Peringkat Negeri Sabah di Tg.Aru.

Event wajib setiap tahun untuk Negeri Sabah Negeri di bawah bayu.

Just temankan Ummi and Abah putar2 kawasan pameran, bukannya dorang beli apa2 pun, cuci2 mata seja tengok pameran.

FYI, 

aku x suka sangat snap2 gambar kalau waktu jalan2 ni, sebab aku malas mau keluarkan npon apatah lagi untuk bawa kamera ke hulu ke hilir. Aku lebih prefer untuk jalan tanpa perlu fikir pasal nak snap gambar.

tengoklah hari ni pun aku ambik sekeping gambar ja di hari peladang ni, tu pun ntah depan rumah suku apa ntah pun aku tak tahu haha 

kalau selca boleh laa..duduk dalam kereta pun aku boleh snap! 

nah satu gambar selca untuk korang~

 

ada pameran anak2 ayam yang colorful tu kat sana tadi, mau snap gambar pun x sempat..sebab ummi and abah jalan terus ke booth yang lain, tak hengat kat anak dara dorang ni yang excited jumpa anak ayam warna warni..ada color pink, hijau, biru dll gila awesome! comel lagii >.< grrrr geram!! macam mau picit2 ja  anak2 ayam tu.

Lepas habis tawaf semua booth kat tapak pameran tu, drift kereta pergi MITI plak dekat Tg.Lipat

Apa point parents aku pergi kedua2 event ni adalah hanya semata2 untuk cuci mata and buang kalori 1% hahaha

apa nda, bukan nya ada beli apa2 pun..setakat cuci mata dan tengok pameran jak huhu 

last2 beli barang2 dapur di supermarket dan pasar basah. LOL

Tapi xpa, janji dapat habiskan masa hujung minggu dengan both parents aku. Nanti kalau sudah continue study memang xdapatlah mau spend time dengan dorang berdua. 

hurm cakap pasal continue study ni, aku still dalam kebingungan untuk memilih sama ada perlu sambung baki study 3 tahun aku d Mesir atau hanya sambung dalam negara.

Aku yakin ramai juga kawan2 aku yang lain dalam dilemma sekarang ni.

kalau fikir pasal diri sendiri seja, memang aku mahu sambung study aku d Mesir. Tapi bila fikir pasal kerisauan family, aku rasa aku sambung dalam negara seja.

apa-apa pun, kena buat pilihan yang tepat supaya tidak menyesal dikemudian hari.

tolong doakan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dapat menyambung pelajaran kami ASAP.

tolong doakan juga supaya kami dapat buat pilihan yang tepat untuk masa depan kami.

ok lah rasanya cukup dulu sampai di sini celoteh aku kali ni, lain hari kita sambung cerita2 santai kita ar.

take care and wassalam~