post ni boleh dikira sebagai kesinambungan post 5 Panduan Mudah Menjaga Kulit Muka hari tu.
post kali ni macam mana korang nak kenali jenis kulit muka korang sebelum apply panduan menjaga muka tu, especially untuk mereka yang tak tahu jenis muka korang jenis apa, macam blogger Tenku Butang, sist ni kata dia xtau kulit muka dia jenis berminyak ke atau jenis kering punya.
so sist bolehlah rujuk post ni yaa, saya dedikasikan khas untuk sist..ngeee =D
so jangan buang masa nak tulis intro panjang berjela, jom baca!
KULIT NORMAL
* Sebum atau minyak semula jadi pada muka adalah seimbang; tidak terlalu berminyak, tidak terlalu kering
* Tekstur kulit kelihatan lembut
* Liang roma kecil
* Kulit jarang mendapat jerawat atau jerawat ada pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu period atau stress.
KULIT KERING
* Kelenjar minyak kurang aktif, jadi kurangnya penghasilan sebum
* Tekstur kulit kasar, kadang-kadang mengelupas
* Liang roma kecil atau kadang-kadang tidak kelihatan, kusam tidak berseri.
KULIT BERMINYAK
* Kelenjar minyak sangat aktif, terlalu banyak penghasilan sebum
* Muka kelihatan berkilat dan melekit
* Liang roma besar, jelas kelihatan
* Mudah dijangkiti jerawat kerana liang roma mudah tersumbat dan menyebabkan radang.
KULIT KOMBINASI
* Gabungan ketiga-tiga jenis kulit di atas iaitu kulit biasa, kering dan berminyak
* Secara amnya, bahagian dahi dan hidung (zon-T) berminyak dan kering di bahagian pipi dan dagu
* Liang roma di zon-T kebiasaannya besar dan memudahkan jangkitan jerawat.
KULIT SENSITIF
* Mudah merengsa jika salah memilih produk
* Mudah kemerahan dalam cuaca panas terik matahari.
------------------------------------------
so, dah tau jenis kulit muka korang jenis yang mana satu? sekarang korang dah boleh apply panduan penjagaan muka yang tepat untuk muka korang dengan merujuk kepada post 5 Panduan Mudah Menjaga Kulit Muka . Selamat mencuba!
Fyi next week empunya diri ni dah nak start masuk hospital untuk buat attachment..wish me luck k! ke arah menjadi doktor yang berguna kepada agama bangsa dan negara! chaiyok!!
blog ni akan menjadi sepi sesepi sepinya la lepas ni, confirm penat lepas balik dr hospital. Tapi kalau ada masa akan cuba juga untuk update cerita pasal sesi attachment tahun ni =) I'm sooo excited tau tak! Tak sabar nak sarungkan lab coat tu and round ward like a pro harharhar sekali kena tengking dgn MO baru tau =p
okay laa..thank sebab sudi singgah dan baca post dekat Syan Punya Belog. Jemputlah datang w/pun xda update hihi
daaa~
wassalam.
2 comments:
iman yg mana ek??ermmm payah gak ni
@Budak Kampung cer belek2 muka tu tgok mna yg hampir2 ke situ hihi ^^
Post a Comment