advantages and disadvantages of becoming a medical student.

Hi! Assalammualaikum,

lama x buat post. Hari ni, mau share something dengan mereka-mereka yang berminat hendak menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.

ini adalah pendapat sendirian berhad sahaja. Yang baik ambil, yang tak baik ambil juga, jadikan teladan.

Why should you be a medical student?
  1. Dapat buat banyak $$$
  2. Profession yang fofular kot~ =p
  3. Expectation orang sekeliling kepada medical student adalah sangat tinggi.
  4. Dapat selamatkan nyawa orang lain.
  5. Banyak benda baru boleh belajar.
  6. Boleh main2 dengan cadaver a.k.a mayat dan darah! ( ni advantage gak ke? hihi)
  7. Dapat pakai lab coat color putih tu, siap ada stethoscope bergantung kat leher hihi (excited kot waktu 1st time pakai lab coat and gantung stethoscope dekat leher, feeling2 sekejap)
  8. Dapat free medical bill, kalau korang study dekat Egypt laa, kat sini amalkan doctor tak boleh charge other doctor, even student medic sekali pun.
  9. jadi orang yang lebih menghargai kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling.
  10. Dapat sambung study jauh2..ngeee~
  11. Selalu keluar masuk hospital dan dapat jumpa pelbagai lapisan masyarakat.

Why shouldn't you be a medical student?
  1. Sangat-sangat memerlukan kekuatan FIZIKAL dan MENTAL
  2. Tempoh pengajian yang lebih panjang/lama berbanding dengan course lain. You'll spend several years training and preparing at schools and hospitals (e.g. medical school, internship, residency)
  3. SUSAH.
  4. STRESSFUL
  5. Time consuming
  6. Responsibility yang sangat BESAR.
  7. Study memanjang. If you losing track, you're doomed! 
  8. Exam berlambak
  9. Tidak ada masa lapang yang banyak. Selalu luangkan masa tidur and rehat di hospital.
  10. Senang depress.
  11. Makan banyak duit!

apa pun kebaikan dan keburukan jadi medical student, yang penting sekarang aku sudah berada di tahun 3, lagi beberapa bulan akan naik ke tahun 4 in shaa ALLAH.

ingat..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 

[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

aku berpegang teguh dengan janji ALLAH ni. Setiap kali aku rasa down and rasa nak surrender, aku akan ingat janji ALLAH ni.

ALLAH tak kan letakkan aku dalam bidang ni dari mula kalau ALLAH tahu aku tidak mampu.

Alhamdullillah, 3 tahun sudah aku bergelar pelajar perubatan. Alhamdullillah ALLAH permudahkan segala urusan aku dari 1st year sampailah sekarang.

jadi, adik-adik yang di luar sana, yang rasa nak ambil medic, kalau masih keliru, akak minta korang istikarah lah banyak-banyak.

kalau korang rasa memang ini pilihan terbaik korang, silakan masuk ke bidang ini. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua!

tapi jangan pula nanti suatu hari korang menyesal yaa..tak dinafikan ramai juga suda yang tewas dipertengahan jalan, sedih, tapi hakikatnya mereka tidak mampu teruskan perjuangan mereka dalam bidang ini. Rezeki mereka ALLAH tetapkan di bidang yang lain, semoga kalian terus berjaya di sana teman-teman!

seperti permulaan, ambil yang baik, dan yang buruk itu silalah ambil teladan.

ini yang mampu saya kongsikan, jika ada persoalan, boleh PM saya di FB ya, in shaa ALLAH jika boleh jawab saya jawab =)

wassalam~

waktu 1st year.

waktu 2nd year.

gambar 3rd year? belum ambil lagi hihi

4 comments:

hamba Allah said...

aah.. kita blum ambil gambar lagi third year ni..

Unknown said...

@azean diyana jom kita ambil nnt yan after exam microb!

Kujie said...

yup..semua didunia ada sisi baik dan buruknya... kita sendiri yg kena timbang dan buat keputusan. buat keputusan biarlah berlandaskan ilmu...

terimakasih kerana berkongsi dari sudut orang yang terlibat di bidang ini

syahirahfs said...

Yeahh :)