Tips : Rahsia rambut bersinar

petang-petang macam ni, lebih-lebih lagi selepas stress dek paper systemic patho pagi tadi, terasa nak lepaskan stress dengan blogging! lain orang lain style nak lepaskan stress masing-masing. Ini style saya hehe

tadi dok usha-usha laman sesawang ni, ternampaklah artikel ini, so jom kita baca dan kongsi tips ini bersama!

Tips : Rahsia rambut bersinar




Memang menyakitkan hati sekiranya rambut yang dijaga dengan penuh rapi dengan pelbagai produk mahal dan rawatan pakar masih kelihatan kusam. 

Sekiranya rambut anda masih tidak bersinar, mungkin anda boleh mencuba teknik membasuh rambut dengan menggunakan air mineral. Ini kerana menurut pakar, Dr Bessam Fario telah mendapati bahawa kandungan yang terdapat dalam air mineral boleh membaikkan kesihatan rambut, tidak seperti air paip. 

"Saya nasihatkan anda basuhkan rambut dengan air mineral setelah berenang di laut atau kolam renang kerana garam dan klorin boleh merosakkan rambut," kata beliau. 

Walaupun penggunaan air mineral sedikit mahal, namun mereka yang mengamalkan cucian rambut dengan air mineral mendapati bahawa rambut lebih sihat dan bersinar berbanding dengan rambut yang hanya dibasuh dengan air paip. 

Antara selebriti terkenal yang dilaporkan menggunakan pengamalan sedemikian adalah Kim Basinger dan Demi Moore, yang membuatkan mereka turut terkenal dengan rambut mereka yang sihat dan cantik.


Sumber : Yahoo.com

nah, apa lagi?? yuk bilas rambut lepas ni guna air mineral! siapa yang mampu tu, boleh simpan satu tangki air mineral dekat rumah untuk bilas rambut haha.

tips sebegini sangat menarik, tanpa sedar ia membantu kita untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan kita. Tidaklah kita tertumpu kepada sesuatu pengetahun seja kan, dah tahu tu plak, share-share la dengan kawan-kawan plak. 

selagi ilmu itu dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada orang yang menyampaikan ilmu tersebut.

sambung study untuk exam oral esok, kawan-kawan sebatch jangan stress sangat yaa, kita tawakal seja lepas ni, yakin dengan pertolongan ALLAH, ALLAH tak kan sia-siakan usaha kita in shaa ALLAH. fighting~

wassalam~

No comments: