Random #18 : Resepi Cupcake Pisang yang simple.


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

AssalammualaikumWBT and hello peeps!

another random post from SPB..ngeee~

hari ini nak share dengan korang semua resepi Cupcake Pisang yang simple dan cepat.

Bahan- bahan yang korang perlu adalah :

- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 cawan gula 
- 3-5 biji pisang 
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil sodium bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- esen vanilla
- cupcake's cup.
- bahan hiasan **

cara-cara nak buat :
  1.  ayak tepung gandum bersama baking powder dan sodium bikarbonat.
  2. dalam bekas lain pukul telur dan gula yang telah dikisar sehingga kembang.
  3. kisarkan atau lumatkan pisang dan campurkan esen vanilla kedalamnya.
  4. satukan tepung+adunan telur+pisang tadi dan gaul sebati.
  5. masukkan minyak masak, dan gaul lagi sehingga sebati, saya sarankan gaul menggunakan mixer.
  6. tuangkan adunan tadi kedalam cup (boleh dapat dalam 30 biji), sebelum bakar saya suka letak rainbow rice dekat atas cupcake ni, supaya nampak menarik sikit hehe
  7. panaskan oven pada suhu 150 degree, dan bakar kek selama 40min - 50min atau sehingga masak ( cucuk menggunakan garfu, kalau still melekat maknanya belum masak)
  8. sejukkan setelah masak dan hidangkan ^^
** terpulang kepada anda.

di sini saya sertakan gambar-gambar cupcake pisang yang telah pun siap.


yang ni ada rainbow rice kat atas  ala-ala topping mcm tu.

yang ni simple, xda apa2 hiasan.

simple dan mudah kan resepi cupcake ni?apa lagi, selamat mencuba! 
dah try nnt bagitahu la ya..^^

wassalam and take care peeps!

 p/s : dah boleh jadi chef separuh masa ni haha fyi, ni hanyalah hobi saya waktu masa lapang especially during weekend.

1 comment:

Puan Bee said...

pisang baru habis sat tadi , kalau tk blh cuba ..