Friends are like B**bs

AssalammualaikumWBT & Salam sejahtera ^^





sahabat, apa erti sahabat?

hurm..

bagi aku, sahabat itu ialah,


  • seorang yang sentiasa ada pada waktu suka dan duka
  • seorang yang sentiasa kita rindu dan ingat tiap waktu
  • walau terpisah jauh dan jarang contact still ibarat isi dengan kuku
  • bila ada masa lapang keluar sama2 and enjoy!
  • bergaduh tapi at last still best friend forever!



sepanjang perjalanan hidup aku hampir 21 tahun ni, alhamdullillah ALLAH SWT kurniakan aku dengan pelbagai ragam sahabat.

ada yang kuat merajuk, ada yang kuat shopping, ada yang kuat makan, ada yang suka buat joke, ada yang suka masak, ada kawan makan kawan, macam-macam lagi laa.

sedar tak sedar, ini semua membantu aku untuk menjadi dewasa, al-maklum la umur sudah mau masuk 21 tahun kan, kalau tidak dewasa lagi, x tau laaa.

sahabat, jika dihitung berapa yang ada kriteria seperti yang aku mention-kan di atas tadi, cuma ada beberapa orang sahaja yang memenuhi kriteria2 tersebut..boleh hitung pakai jari orang cakap, termasuk jari kaki la ya. hehe

aku punya BFF dari sekolah rendah lagi, walaupun kami jarang contact and bersua muka, tapi still bila kami kumpul bersama, riuh rendah dibuatnya, apatah lagi kalau kumpul and buat window shopping sama-sama, macam shopping mall tu bapak kami yang punya! lulz~

aku punya BFF dari sekolah menengah, mereka ini ibarat adik-beradik lain bapa and lain mama. Aku dulu budak asrama straight untuk 5 tahun, tapi dalam jangka masa 5 tahun tu, aku ada 2 buah sekolah menengah. Kami suka share katil, share selimut, share ubat gigi, share sabun, share macam-macam lagi laa.Banyak sangat yg kami suka share. Laa, kan sharing is caring ^^v

masuk alam university, aku masih tercari-cari BFF dari university, kenapa? sebab mungkin aku masih lagi tidak adapted dengan perangai setiap seorang sahabat-sahabat aku di sini. Tidak aku sangkal, di sini juga aku kenal erti sahabat sejati, sahabat suka dan duka itu sendiri.

kerana itu, aku lebih prefer untuk stored and appreciate BFF aku dari zaman sekolah rendah dan menengah. Aku lebih kenal mereka, aku lebih bahagia dan gembira bersama mereka. Aku dapat share semua masalah aku dengan mereka.

tapi bukan bermakna kawan-kawan aku di sini sekarang bukan orang yang tidak boleh dibuat BFF, masing-masing punya peribadi yang tersendiri yang aku tidak dapat predict and guess. Baru 3 tahun bersama, masih banyak yang aku perlu explore tentang mereka. 

Aku berterima kasih dengan kawan-kawan aku yang di sini, kerana mereka buat aku kenal dan lebih appreciate semua sahabat-sahabat aku, tidak kira la BFF ka tak. Kerana bagi aku, even dia bukan BFF, dia masih punya hati dan perasaan yang harus kita jaga, mereka peneman hidup aku sehingga ke akhirnya nanti, in shaa ALLAH.



ummi pesan supaya aku pandai pilih kawan, pilih kawan yang bawa kita kearah kebaikan, pilih kawan yang betul-betul ikhlas dan mengerti nilai sebuah persahabatan itu sendiri. Aku bukan memilih siapa yang layak untuk menjadi BFF aku atau tidak.

kalau dulu waktu sekolah, selalu seja kita buat karangan BM yang berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya kan? sedar tak, kawan-kawan disekeliling kita ni, ibarat cermin yang mengambarkan peribadi kita. Actually mereka salah satu yang menghiasi kain putih coretan kisah hidup kita. Jadi, memang patut kita pilih kawan yang boleh buatkan kanvas putih kita nampak cantik dan cool. 

kalau buka cerita pasal sahabat ni, ntah sampai bila akan habis, terlalu banyak yang aku ingin share dan tulis pasal mereka. Bagi aku sahabat adalah mereka yang terpenting selepas Allah, Rasul,  dan ibubapa kita sendiri. 

aku jenis manusia yang lebih pentingkan sahabat daripada buah hati aku sendiri, kenapa? sebab aku berpegang teguh dengan prinsip, boyfriend boleh datang dan pergi, tapi sahabat akan kekal selamanya. Sila baca betul-betul ya, BOYFRIEND not HUSBAND. Kalau sudah jadi husband, naik pangkatlah nanti hehe.



rasanya cukuplah sampai sini dulu post kali ni, aku cuma mahu lepas gian menulis blog setelah lama tidak update post dekat dalam belog ni. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa dan tersinggung dengan isi yang ada didalam post ini. No harm okay, just my own opinion ^^v

in shaa ALLAH after ni update pasal winter holiday plak, jyeah!! 
take care! wassalam~


p/s : guna "aku" sebab rasa lebih selesa. Mohon maaf, pendirian saya tidak tetap~

1 comment:

Lady ★ Hanna said...

bersahabt lah kerana Allah. insyaallah anda akan bahagia ;) * jom join segmen hana pulak ;) bnyak hadiah taw ;) mana tahu anda yang bertuah ;)