Setiap kekurangan pasti akan ada kecukupan~

Bismillahhirahmannirrahim~

"Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan" Ad-Duha ayat 8 -


sesungguhnya ALLAH SWT itu bersifat Maha Adil dan Maha Penyayang kepada hamba-hambanya..tidak pernah Dia membiarkan hamba-hambanya hidup kekal dalam kekurangan..kerana dalam setiap kekurangan itu pasti akan terselit satu kelebihan..

andai terasa diri mempunyai banyak kekurangan melebihi kelebihan, jangan moral down, yakin pada diri bahawa ALLAH SWT jadikan kita semua satu persatu lengkap dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing..

jangan cepat merasa rendah diri dengan orang lain, persetan kan orang-orang yang riak dan bangga dengan kebolehan yang mereka ada, kerana kita juga punya kelebihan meskipun tidak sama seperti mereka..

jangan katakan "aku ni tidak pandai ini, tidak reti buat itu, tidak layak sertai itu ini..bla bla bla" tapi tanam lah dalam diri.."selagi aku tidak buat, selagi aku tidak punya pengalaman, macam mana aku hendak tahu kelebihan yang ada pada aku, kekurangan yang aku ada ini ALLAH SWT sertakan dengan kelebihan..insyaALLAH semuanya akan khuwais sahaja~"

motivate diri setiap kali rasa diri punya kekurangan..Syan juga kadang-kadang lakukan benda yang sama..asyik-asyik nak moral down kalau rasa diri tidak punya kelayakan/ kelebihan seperti orang lain..tapi buat apa nak jadi seperti orang lain kan? kita hidup di dunia ini tidak boleh hidup 24/7 sama macam orang lain, kita hidup atas dunia ini atas kaki kita sendiri, atas kelebihan dan kekurangan kita sendiri..ALLAH telah jadikan kita masing-masing lengkap dari A ke Z..hanya kita sahaja yang tahu apa kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri kita..tapi selagi belum cuba dan alami sendiri pengalaman kita tidak akan tahu apa kekurangan dan kelebihan yang kita ada..kan? (^_^)

ALLAH SWT telah katakan kepada kita berdasarkan Ayat 8 surah Ad-Duha ini..setiap kekurangan akan di add up dengan kecukupan..so stay happy and give me your big smile (^______^)v

selamat beramal dan take care!

Allah always there for us~


p/s : Ya ALLAH sesibuk mana pun diri aku tika ini, ku mohon jangan pernah Kau biarkan aku alpa dan lalai daripada menjalankan suruhan Mu~ amin!

1 comment:

IllyNabila Zanal :) said...

saya selalu rase macam ni . down bila dapat keputusan tak bagus :'(