Tolong lah jangan kejam

AssalammualaikumWBT~

a few minutes ago..Syan buka FB and nampak satu gambar yang di share oleh sorang kawan Syan..


sayu nya hati melihat kezaliman manusia yang boleh di gelar "binatang" ini..tergamaknya mereka buat macam ni..dimana letak nya sifat kemanusiaan mu? di mana letak nya akal fikiran mu?..jangan kau katakan bahawa kau tidak mampu berfikir dengan waras ketika membuat keputusan untuk membunuh anak yang telah engkau kandung ini..sehingga kau tergamak membuang mereka ibarat kau membuang sampah di tepi jalan..

sepatutnya kau sudah mula berfikir ketika kau mula2 berjinak dengan dunia zina yang penuh dengan dosa itu..sepatutnya kau sedar akan akibat perbuatan mu itu dari dulu lagi..jadi alasan mu tidak waras ketika membuat keputusan untuk membunuh anak mu itu tidak akan diterima oleh akal ku yang sihat ini..

andai kau tidak sayangkan diri kau, jangan kau libatkan anak kau..mereka tidak berdosa, mereka tidak mengenal lagi erti dosa dan pahala itu..mereka ibarat kain putih yang sepatutnya kau corak kan dengan sebaiknya..bukan nya kau BUNUH mereka! mereka AMANAT ALLAH untuk kau jaga dan pelihara! bukan untuk kau permainkan bukan juga untuk kau sakiti

terus terang saya katakan, saya benci perbuatan kamu, terlalu benci! andai suatu hari nanti ALLAH bagi saya peluang untuk berjumpa dengan orang yang begini or akan or pernah buat benda macam ini, saya mohon untuk ALLAH kuatkan semangat saya untuk berdepan dengan mereka..kerana saya takut saya tidak bisa menahan rasa amarah dan benci saya kerana saya tahu bidang yang saya ceburi ini pasti akan menemukan saya dengan pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai masalah kehidupan..semoga ALLAH permudahkan segala urusan saya nanti~

sekiranya kamu tidak sayangkan anak kamu tu, berikan kepada yang mahu kan anak..jangan buang mereka, tolong la jangan bunuh mereka!Tolong lah jangan kejam! mungkin semua sudah selalu dengar ayat ni "Berani buat, beranilah tanggung" ..so kenapa berani buat, tapi xberani tanggung? dont be coward la..mana keberanian kau ketika kau berani serahkan mahkota kau kepada lelaki yang haram buat kau tu? ketika tu berani kau sakitkan diri kau..tapi sudah jadi macam ni, kenapa tidak berani tanggung??urgh! benci nya!! >.< dasar betina xtahu malu! geramnya!! kan dah terover marah huhu sorry reader! 

semoga ALLAH membalas perbuatan kejam mereka ini setimpal nya..amin~

wassalam~


1 comment: