Mahasiswa, Politik dan Study

AssalammualaikumWBT and Salam 1Malaysia Reader (^_^)v

alhamdullillah aku masih diberikan zat umur dan kesihatan oleh ALLAH SWT untuk terus berdiri di atas muka bumi Nya ini..kalian apa khabar? harap semuanya baik-baik sahaja..aiseh formal gilak haha

aku dan politik? huh? aku berpolitik? oh tidak sama sekali..mungkin suatu hari nnt iya..but now, I prefer to just shut up my mouth and focus with my study..(^_^)v

Di Malaysia sekarang semua budak2 IPTA yang mengambil Ijazah sedang berperang dengan kertas2 peperiksaan mereka bukan? Good luck untuk kamu di sana, turn kami pun xlama lagi juga ni..wheeee =D

tapi bukan itu yang aku mau cakap dekat sini actually, tentu kamu kamu yang berada di Malaysia lagi arif pasal ni kan? hehe skrg di Malaysia,sedang hangat juga tentang kebangkitan mahasiswa yang memperjuangkan..erk..erk..apa tu? Hak Kebebasan Akademik? betul ka tu? ooppsss sorry lah kalau aku salah sebut..al-maklum lah, aku ni bukannya tengok TV or baca news hari2..mukabuku lain lah..muahahaha lagi pun di sini kami mana lah ada TV, kalau ada pun mana lah ada berita TV3 RTM1 RTM2 bagai tu (-.-)v suma pun channel arab yang sepatah haram pun aku x faham, urgh!

oleh sebab otak aku ni masih lagi suci dan bersih daripada ideologi ideologi politik, saya dengan ini, mengisytiharkan bahawa saya, Pro-Common Sense! aku tak berpihak pada siapa-siapa mahupun kerajaan ataupun pembangkang itu sendiri..and 1 more, fyi aku jugak tidak berapa nak support apa yang dorang sedang kecoh-kecohkan sekarang..aku berkata begini mungkin kerana aku tidak faham apa yang mereka inginkan..sebab nya aku malas mau kaji, daripada aku kaji benda ni lagi bagus aku pegi cari info pasal subject endocrine aku kan? hehe..

okai aku tahu, nanti akan ada yang cakap, sudah kau x tahu so kenapa still mahu cakap pasal ni?? kena buat research sebelum cakap..jangan main cakap jak and so on bla bla bla

aku tengok bha video malam tu, mahu tahu apa reaksi aku yang pertama sekali? "why should they do like that?" "study cukup la bha" "makan pakai pun masih guna duit kerajaan, ada hati mahu buat macam tu?" oh yeah! this is my thought for the 1st time, and it bcos, that video annoying me, truth! sebab menyusahkan diri sendiri juga last-last..masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiupkan..think about it!

but aku ni, nda la bha jugak bongok kan truss jump into conclusion, aku ada jugak buat lawatan sambil belajar dekat blog-blog yang ada cerita pasal benda ni..ada blogger yang SUPPORT..ada jugak blogger yang TAK SUPPORT..macam-macam yang aku baca, mana satu betul mana satu salah pun aku tak tahu..untuk itu, aku mengambil tindakan untuk hanya akan berdiam diri dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran aku dan berikrar agar tidak menyusahkan hati kedua orang ibubapa aku..sebab ummi and abah aku hantar study jauh-jauh ni bukan mahu sibukkan diri dengan hal lain selain study e:g politik .. fyi, aku ada jugak pegi godek AUKU tu..tapi aku xbaca habis..panjang betul haha =p

dalam group We Are 1992 jugak sedang hangat membahaskan hal ini, dari mereka jugak aku tidak tahu mana satu yang aku patut support or x support huhu c'mon la, kami pun boleh bha sudah bahas kan hal politik ni..w/pun kami baru jak melangkah ke usia 20 tahun..kami mahasiswa jugak bha..hehe semangat betul dorang ni bahas pasal benda ni, korang awesome guys! masing-masing pun dha tahu ada tanggungjawab dekat negara Malaysia tercinta, alhamdullillah..

for me here, seorang mahasiswa Malaysia yang berada jauh dari negara, hanya mampu berdoa untuk kebaikan negara, mana yang baik, itu lah yang aku harapkan untuk terjadi..mana yang buruk itu aku mohon dijauhkan..cukup-cukup lah kami sahaja yang merasa siksa nya jika berlaku pergolakan dalam negara orang lain..kalau rakyat di negara sendiri pun mahu ikut macam apa yang sudah terjadi di Mesir and Tunisia tahun lepas, aigoooo..tak tahu lah..senang mahu jatuhkan, tapi lepas tu, untuk bina semula negara, memang susah, ingat senang macam makan kacang ka? bukak kulit pastu sumbat dalam mulut..

macam yang sekarang Egyptian ni kena buat untuk bangunkan negara dorang semula, naikkan harga barang untuk kembalikan kestabilan ekonomi, buat pilihan raya tapi still jugak buat riot..susahkan hati ibubapa kami seja..kalau di negara sendiri yang jadi macam ni. macam mana? mungkin kami tidak di benarkan pulang and konfirm kami yang sedang menuntut di luar negara ni risau tentang keselamatan family kami kan?..tengok sudah jadi sebaliknya kan? xmahu la macam tu..huhu T_T

cakap diri tu "mahasiswa", tahu nda apa maksud perkataan mahasiswa itu sendiri? 

Mahasiswa/student is a learner, or someone who attends an educational institution. 

see? ini menunjukkan, kita sebagai mahasiswa harus bertindak menggunakan akal fikiran sebab kita ada didikan, jangan hanya berfikir untuk jangka masa yang pendek, fikir jauh kehadapan, fikir baik dan buruk sesuatu itu sebelum bertindak..GUNA HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA! hihi

no harm okai, aku just nak cakap apa yang patut aku cakap..before korang click red button kat atas tu, korang tengok dulu video kat bawah ni k..yang dha tengok tu tak tengok pun xpa..kbai, wassalam~




1 comment:

Ihsan said...

Salam!
Kind have to say I am totally agreeing with ya.
hehehe
Thanks follow. dan saya dah follow ok!
:)

tintaihsan