بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum WBT x jawab berdosa
kehadapan adik ku, Muhammad Khairul Ikhwan dan jugak buat adik2 yang agak kecewa pasal result hari ni =)
usah bersedih dear..masa tidak dapat kita putar kembali..yang terjadi tetap akan terjadi..anggap ini sebagai satu cabaran untuk kamu untuk terus berusaha di masa hadapan. Whatever happen, keep strong and keep on trying..never give up! masih ada PEPERANGAN penting yang menanti kamu di penghujung tahun 2013 kelak..
insyaALLAH kekecewaan itu akan datang sebentar..kerana aku jugak pernah mengalami peristiwa yang sama, bila mana subjek yang kita tahu kita akan skor akhirnya berakhir dengan kekecewaan kerana tidak mendapat skor seperti yang kita harapkan..sedangkan subjek yang kita geruni dan membuatkan kita bermati-matian kejar and berusaha untuk perbaiki kelemahan kita itu lah yang kita dapat skor..
ketahuilah kekecewaan yang kamu sedang alami kini tidak akan kekal lama..kerana, aku ulang sekali lagi..PMR ini bukan penentu masa depan kamu, dan bukanlah menjadi satu titik di mana orang akan bertanya perihal itu sepanjang hidup kamu..sangat berbeza dengan SPM dear..maka, jangan putus harapan and jangan berhenti berusaha, kerana kamu masih boleh buktikan yang kau masih bisa memberikan kejayaan dan kebahagian kepada diri kamu dan juga kepada orang di sekeliling kamu bila SPM kelak..e:g parents, sedara mara cikgu etc.
buktikan dengan mereka mereka yang sedang gembira sekarang bahawa tidak semestinya mereka yang selalu berada di atas akan kekal berada di atas..dan tidak semestinya mereka yang sentiasa berada di bawah akan kekal di bawah..hidup ini umpama roda.
kalau aku bisa putarkan kembali masa, terus terang aku katakan, ingin sekali aku menduduki exam SPM ku semula..kerana SPM penentu segalanya..bukan PMR! ingat tu!
masih panjang perjalanan kamu untuk perbaiki kelemahan kamu..mulai detik ini, perbaiki lah kelemahan mu..perbaiki mana yang patut, kurangkan apa yang tidak berfaedah..jadikan peristiwa ini sebagai batu loncatan untuk kamu mencapai kejayaan dan buktikan kamu juga bisa berjaya seperti sahabat-sahabat kamu yang lain..dan jangan jadi seperti aku, kecewa sehingga ke hari ini~ huhu T_T see betapa dahsyat nya effect SPM dengan aku~
apa apa pun..aku ucapkan tahniah atas keputusan kalian!batch PMR 2011!! itu membuktikan kalian telah sehabis mungkin berusaha untuk mencapai keputusan sebaik itu..teruskan berusaha sehingga ke akhirnya..
buat adikku,tunaikan impian ummi&abah untuk melihat kesemua anak-anak mereka menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya bisa berbakti kepada mereka dan kepada orang2 sekeliling kita..and tidak lupa menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa and negara~
masuk tingkatan 4 nanti, ingatlah..jangan assume form4 tu like "honeymoon" year~ tiada istillah enjoy naik menengah atas ni kalau kamu tidak mahu kekecewaan kamu berulang kembali..kejar cita-cita kamu tu..
for my lil' brother,engineering kan?..ingat senangkah jadi engineer? quite tough jugak macam medic ni..xpercaya? cubalah tanya "someone" tu..insyaALLAH he will answer your questions..klo dia xmau jawab, jangan kawan dengan dia =p haha okai fine, aku mengarut suda~
once again..jangan bersedih dengan ketentuan ini..ada hikmah di sebalik apa yang telah ALLAH SWT tentukan itu..chin up! be strong!ingat pesan aku k! jangan kamu sambil lewa jak..(^_^)v
wassalam~
naaaa..lagu khas untuk korang and opkos lagu untuk aku jugak!! KAU BOLEH!!
yeahhh!! =D
No comments:
Post a Comment