: : Kanser Prostate : :





1) Epidemiologi: 
Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik. Kes-kes kanser ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.

2) Ketumbuhan kanser prostat : 

Kanser ini memrebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.

3) Simptom: 
- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau 
  sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya. 
- Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat. 

4) Diagnosa: 
- Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ; 
- Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Kalau dari lingkungan 4.0 ke 
  10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Tetapi untuk membezakan kanser prostat dari bengkak prostat 
  biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh menolong, untuk kajian yang normal nisbah ini 
  mesti lebih tinggi dari 0.25. Kalau nisbah ini rendah kebarangkalian risiko kanser tinggi. 
- Menggunakan kaedah skan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor. 
  Oleh kerana mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA. 

5) Rawatan: 

Ianya bergantung kepada tahap tumor, adakahnya dah melarat dan membesar. Dalam kes-kes yang biasa ulangan dengan pakar dah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubataan seperti terapi hormon. 
- Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat; 
- Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan; 
- Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan 
  impotensi dan badan rasa panas ; 
- Kemoterapi jarang digunakan. 

6) Rawatan susulan: 
- Pemeriksaan klinikal; 
- ultrasound; 
- Skan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan turun ke kosong. Jikalau ada 
  peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali kanser prostat.

7) Pencegahan: 

Ini di atas keperihatinan diri sendiri dan bermakna berjumpa doktor untuk pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.










mesT kamu pelik kan knapa aku post benda ni kat blog aku sedangkan penyakit ni hanya melanda golongan Adam sahaja...actually, my grandpa one of 3-5 % in Asia that suffer from this cancer..today we go to hospital to see the diagnose result, and the result is +VE..

dr muka datok aku dapat tengok kerut2 kerisauan lepas ja kuar dari bilik doktor tu, doktor supply kan datok ngan satu suntikan yg dapat mengawal cell cancer tu dr merebak, satu suntikan dpt btahan sebulan, slps ni datok akan kena suntik ag setiap sebulan sehingga 3 bulan, maksudnya, datok kena datang ke hospital sebulan sekali untuk dapatkan suntikan, after tu, baru la doktor tu decide sama ada mau buat operation tuk buang kanser tu or else..

aku kesian kan datok..sejak kematian arwah nenek, datok mcm putus asa ja tuk terus hidup, asal dia ada appointment di hospital dia mesti tinggal d rumah kami, dan setiap kali tu la jugak aku akan dengar dari mulut dia, "bagus lagi mati daripada sakit"..kesian datok...ummi ada cakap ngan aku, maybe ada jgak ngan siblings aku yg len, "kalau datok tinggal sorang2 dia cepat putus harapan"..ummi ja yang selalu kuatkan semangat datok..ummi memang anak yang bertanggungjawab,kalau datok tinggal d rumah ni, ummi mesT ambil cuti..ummi xkan biarkan datok sorang sorang d rumah ni..even ada kakak aq yang tengah cuti cuti malaysia skunk..

hari ni bila aku dapat tahu pasal kesihatan datok ni, ia buat aku lebih semangat tuk terus belajar dalam bidang ni..klo dulu arwah nenek ada, dia owez pesan ma kami adik beradik.."belajar rajin rajin ar.."..& now, even arwah xdpt tengok aku ma adik beradik aku yang len berjaya, i'll makesure that all of us will success..insyaALLAH~

seyesly, aku sayangkan datok ma arwah nenek aku..sayang sangat sangat..dengan dorang aku membesar..really really miss that moment when all of us gathering together..may ALLAH gather us again in HIS heaven...insyaALLAH~

Wassalam....





No comments: