Dear Ummi,
dari dulu hingga sekarang Ummi lah doktor terbaik buat adik. Ingat lagi dulu waktu adik sakit especially kalau demam panas, Ummi la orang pertama yang akan risau perihal adik, Ummi akan tergesa-gesa minta Abah bawa adik ke klinik. Waktu malamnya pula, Ummi bersengkang mata jaga adik, tukar tuala lembab di kepala adik, lapkan badan adik, masakkan adik bubur segala. Kalau adik kena migrain, Ummi jugalah yang sediakan segala macam ubat untuk adik dan urutkan kepala adik. Terima kasih Ummi!
Ummi orang paling sabar..
waktu sekolah rendah, adik suka buat hal dekat sekolah, bergaduh sana, bergaduh sini. Setahun ntah berapa kali tukar spek gara-gara kelakuan adik ni. Sampai satu ketika bila adik bergaduh dengan kawan2 lelaki adik, Ummi dan Abah sanggup pecut dari ofis untuk ke sekolah lepas adik call bagitahu adik bertumbuk dengan kawan2. Sampai sekolah, ummi direct tanya, ada bengkak mana2? ada luka mana2? padahal semua salah adik, adik yang startkan pergaduhan tu. Ummi dan Abah tebalkan muka jak menghadap guru besar waktu tu..tapi Ummi tak pernah marah adik semula, adik tahu Ummi bersabar hadapi karenah adik waktu tu, maafkan adik, Ummi.
Masuk sekolah menengah, waktu tingkatan 1, hari-hari call cakap mahu pindah sekolah, tak mahu duduk asrama. Sampai tingkatan 3 pun masih lagi buat karenah yang sama. Ummi sabar seja hadapi semua tu, sebab Ummi tahu lama-lama adik akan dapat adapt juga dengan kehidupan asrama. Duduk asrama 5 tahun, hampir tiap minggu Ummi datang melawat adik. Datang bawa semua barang-barang keperluan yang adik mahu, siap bawakan makanan lagi. Kadang-kadang Ummi masakkan untuk adik, kadang-kadang Ummi belikan Kentucky Fried Chicken kegemaran adik. Terima kasih Ummi!
Ummi orang pertama dalam segala hal.
bila adik sedih, Ummi orang pertama yang akan comfort adik. Bila adik gembira, Ummi orang pertama yang adik bagitahu. Segala-galanya Ummi dahulu laa..minta beli itu ini, minta duit belanja segala, mesti minta dekat Ummi. Sampai Ummi pernah cakap " Cuba dulu kamu minta dengan Abah kamu tuu " tapi Ummi masih juga hulurkan duit belanja, Ummi masih juga belikan kami itu ini. Terima kasih Ummi!
Ummi juga pakar motivasi terbaik buat adik. Setiap kali adik down, stress dan ada masalah. Ummi yang selalu berikan kata-kata semangat buat adik. Ummi selalu ingatkan adik tentang tanggungjawab adik, Ummi selalu pesan macam-macam ke adik. Jaga diri di sana, jaga kesihatan, jangan jalan sorang-sorang, belajar rajin-rajin, baca Al-Quran selalu, solat jangan tinggal, puasa sunat selalu dan banyak lagi la pesanan dan peringatan Ummi untuk adik. Ummi pakar motivasi dan reminder terbaik adik pernah ada. Terima kasih Ummi!
sekarang adik jarang dapat cium tangan ummi, jarang dapat peluk ummi, yang paling tak best nya, adik tak dapat tengok muka dan dengar suara Ummi hari-hari atau seminggu sekali..apa lah bah sangat Skype tu berbanding dengan tengok muka Ummi depan-depan kan. Kadang-kadang di sini, adik seakan-akan mendengar suara Ummi, auditory hallucination ni benar-benar buat adik homesick!
setahun sekali dapat balik jumpa Ummi, Abah, Ija dan Ikhwan merupakan saat paling bahagia adik rasa. 2 tahun berturut2 balik Malaysia, mesti menangis saat sampai di airport dan dapat peluk kamu semua. Ummi cakap " nda sampai setahun berjauhan pun mahu menangis lagi. " walaupun tak sampai setahun berjauhan dengan kamu, adik tetap rasa lama..Apatah lagi berbelas ribu kilometer jauhnya ni. Setiap kali mahu berpisah semula, adik tahu Ummi sedih, tapi Ummi tak pernah tunjuk, adik selalu nampak mata Ummi berkaca waktu hantar adik di airport, tapi Ummi tahan, supaya adik dapat balik dan sambung pelajaran dengan tenang dan tak risaukan Ummi. untuk itu, terima kasih Ummi!
untuk semua yang Ummi telah lakukan untuk kami 3 beradik, terima kasih.
untuk semua kesalahan yang kami 3 beradik telah lakukan dari bayi hingga sekarang, maafkan kami.
untuk segala makan minum dan ilmu Ummi berikan, mohon Ummi dihalalkan.
kami sayang Ummi selalu!
Selamat Hari Ibu khas buat Ummi tersayang!
salam sayang dan rindu dari anakmu.
XOXO!
No comments:
Post a Comment