exam dan ibadah

AssalammualaikumWBT and Salam 1Malaysia people!


kadang-kadang ada orang lupa untuk mendekatkan diri dengan sang Pencipta saat menduduki exam..kerana sibuk menelaah pelajaran..alangkah ruginya manusia tersebut..tersangatlah rugi..tepuk dada tanya lah selera, adakah musim exam mendekatkan kita dengan ALLAH ataupun tambah menjauhkan kita dengan ALLAH? 


solat kita bagaimana? full kah 5 waktu tu? jika full tanya diri lagi, selalunya buat di awal waktu atau dekat-dekat nak masuk waktu seterusnya?..alangkah baik sekiranya ketika kita sedang menelaah pelajaran itu tiba-tiba azan bersahut-sahutan menandakan masuknya waktu solat dan kita berhenti sebentar untuk memberi laluan bagi diri kita untuk mendirikan solat..subahannalllah..alangkah baiknya begitu kan? (^_^)


tidak lupa juga dengan amalan-amalan sunat kita, perbanyakkan lagi amalan-amalan sunat seperti membaca al-quran, ber-qiammullail, berzikir, bersedekah, menunaikan solat-solat sunat seperti solat sunat hajat untuk memohon kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan kita sewaktu musim peperiksaan ini dan minta dengan ALLAH supaya mengurniakan kita kesihatan yang berpanjangan supaya kita boleh jawab exam dengan tenang..(^_^)


sekiranya kita meluangkan masa kita untuk beribadah kepada ALLAH, insyaALLAH DIA akan mengantikan masa kita itu dengan sebaik-baik dan sebanyak-banyak masa..wallahualam..tidak perlu risau tentang itu, kerana ALLAH SWT Maha Adil bukan? if you believe in HIM..insyaALLAH HE will fulfill your wish..renung-renungkan dan selamat beramal..peringatan buat diriku jugak~


bagi yang sedang menduduki exam lagi tu, Good Luck untuk imtihan korang,bagi yang dah habis tu,jangan berhenti bertawakal kepadaNya k..imtihan kami plak start khamis ni, semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan kita..amin..wassalam~



Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang bagus (baik). Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang  tidak khusyuk, doa yang tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang tidak di naikkan (diterima). Amin ya Rabb~


membaca Al-Quran itu juga ibadah yang patut kita amalkan~

p/s: aku mau retire sekejap dalam dunia blog..exam sudah semakin dekat, harus lebih fokus dengan study..sehingga kita bertemu kembali, jaga diri masing-masing k..(^_^)

No comments: