Resepi Mudah : Bingkah Roti

AssalammualaikumWBT dan salam sejahtera.

haluuuuuu!
How was your day fellas?
harap semua pun baik2 dan happy2 sahaja =)


hari ni ambik masa sikit untuk update mengenai satu resepi yang sangat sangat mudah dan simple. Resepi Bingkah Roti!

ada roti lebih dekat rumah ni, memandangkan esok dah nak fly pergi bercuti2, so drpd dibuang atau berkulat nanti, baik buat something supaya tak berlaku pembaziran kan =)

so here the simple and easy steps for you to follow fellas!

Bahan-bahan :

  1. 8-10 keping roti
  2. 5 tbsp gula kastor
  3. 2 tbsp susu pekat
  4. secawan susu segar
  5. 1 tsp esen vanila
  6. sebiji telur
  7. secawan butter atau marjerin
Cara-caranya :
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang (guna blender pun boleh)
  2. Masukkan telur, susu segar, susu pekat dan esen vanilla. Gaul sebati.
  3. Carik-carikkan roti, kalau korang rajin boleh potong-potong ikut suka korang.
  4. Satukan adunan susu tadi dengan carikan roti tu. Gaul sebati.
  5. Letakkan dalam aluminium foil atau loyang. Ratakan dan pastikan mampat.
  6. Sebelum bakar, boleh letak choc chips kat atas tu bagi nampak meriah sikit hehe
  7. Bakar pada suhu 150degree minima 20 min, maxima 50 min. Hingga korang puas hati dengan warna permukaan bingkah korang tu.
  8. Walla! dah siap. Tunggu sejuk then hidanglah dekat ahli rumah korang =)

bubuh dalam aluminium foil pun boleh..loyang pun boleh.

saya letak white and choc chips kat atas bingkah ni.


simple kan? apa lagi, cuba la sama2! hehe

selamat mencuba fellas (^_^)

pssstt tak join lagi Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog? meh join meh~ banyak hadiah menarik menanti para peserta GA kali ini!
GA tutup pada 3 Febuari 2014..tak lama lagi tu..nak join boleh klik SINI.


4 comments:

sha dhira said...

yum yummy.. sedapnya.. roti tu pakai roti apa syan? ehhe

tifa anvar said...

perrgghh.. cantiknya msti sedap kan

Syan_Neesa said...

@sha dhira roti tu boleh pakai apa2 jenama roti..gardenia pun ok gak shad ;)

Bahrain Ramlan said...

tengok seperti sedap je :)