Apa itu R4BIA?


Apa itu R4BIA?

mungkin ada diantara kita yang masih belum cakna mengenai avatar ini, so yuk kita kenali erti disebalik avatar yang digunakan oleh rata2 pengguna media sosial spt FB dan Twitter tika ini.



  1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan
  2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 
  3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
  4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini. 


kalian juga sudah boleh menggunakan hashtag #R4BIA mulai semalam to show your support to our brothers and sister in Egypt! #PrayforEgypt

may Allah bring peace and prosperity to them and the rest of the world. Amin.

--> ada sesuatu yang menarik menanti anda di SINI

1 comment:

Siti Asiah said...

Baru la tahu maksud 4 tu...thanks yea...;)