kenapa dia? kenapa bukan orang lain?
kenapa dia,
pertama, aku suka dengan character dia yang mature dan lucu.
kedua, aku rasa dia boleh pimpin aku ke jalan yang benar, in shaa ALLAH.
ketiga, aku dapat rasa masa depan aku cerah dengan dia.
keempat dan seterusnya, sebab aku sudah suka dan sayang dia.
terus terang cakap, kami belum pernah jumpa face to face.
setakat tengok gambar di FB and whatsapp seja.
pernah call, tapi dulu masa mula2 kenal semula seja, itu pun boleh kira pakai jari.
jangan tanya kenapa.
aku kenal dia lama sudah, dari tahun 2005 lagi, aku junior form 1, dia senior form 5.
dulu aku kenal dia sebab dia budak cemerlang dekat sekolah, role model untuk ramai budak2 sekolah kami waktu tu.
tapi waktu tu aku belum ada apa2 feeling dekat dia. Biasa-biasa ja, lagi pun waktu tu minat orang lain =p
5 tahun pun berlalu, kami dipertemukan semula di ruang chat Facebook. Bermula segalanya di sana.
aku cuba untuk kenal hati budi dia, aku cuba korek sebanyak mungkin mengenai dia.
Study mana waktu tu, lepas SPM buat apa, asal mana and so on.
ntah dari mana dtg "perasaan" tu..ngam-ngam waktu tu lagi aku sedang sakit hati dengan seseorang, dia la pendengar dan penasihat setia aku.
25 Jun 2011, bermulalah cerita suka duka kami.
macam-macam sudah kami lalui, kejap stabil, kejap goyang.
Even x pernah jumpa, jangan sangka kami ok seja 24/7.
banyak ketidakfahaman telah berlaku.
dua-dua pun ego, kah aku sorang seja yang ego ni?
hari ni, sekali lagi kami goyang,
boleh dikatakan semua bermula daripada aku.
aku minta dia cari yang lain kalau tak mampu tunggu aku habis belajar.
gara-gara tu, dua-dua pun remuk, dua-dua pun makan hati cicah garam, w/pun tengah bulan Ramadhan.
mungkin cara penyampaian apa yang aku cuba sampaikan tu salah.
atau mungkin, dia rasa aku x serius dengan hubungan ni.
dear you,
kalau saya tak serius, saya xkan suruh Mr jumpa Abah and Ummi setahun yang lalu.
kalau saya ada orang lain, xmungkin sampai sekarang saya masih setia.
kalau saya sudah tak suka, x mungkin saya buat orang yang saya sayang menunggu saya lama. Penantian itu satu penyiksaan, penantian itu belum PASTI pengakhirannya happy ending. Kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH lah yang menentukan.
but deep inside my heart, saya tetap berdoa dan berharap ia akan berakhir dengan happy ending.
mungkin apa yang saya cuba sampaikan semalam tu, salah cara penyampaiannya.
tapi ketahuilah, bukan niat saya untuk remukkan hati Mr.
biarlah saya ambil kesalahan tu, sebab saya yang mulakan, jangan salahkan diri Mr.
jangan pernah lagi cakap pasal paras rupa dan yang berkaitan dengannya.
Ummi pun ada cakap/pesan ke kami adik beradik,
" jangan cari pasangan berdasarkan paras rupa semata-mata, nanti di rumah dia milik kita, di luar dia milik orang lain~"
nauzubillah~
maafkan saya. Saya masih cuba untuk kenali hati dan perasaan Mr.
Saya harap semua akan kembali pulih seperti biasa.
Dia dan bukan orang lain.
p/s : doakanlah ada berita baik menyusul untuk kami.
5 comments:
kakak doakan segalanya akan menjadi baik yer... dan akak suka apa yang mak syan pesan tu...ada benarnya...
@Farah Waheda Wahid thx kak farah =)
fae pun sokong ckp kak farah, syan :)
semoga ia akan kembali baik...
aien tag awak..jom join..
http://www.aienhermionie.my/2013/07/giveaway-pheonix.html
kalah dah jodoh hehe
tape doa byk2 ya..semoga akan kekal ke pelamin dah ke syurga insyaallah :)
Post a Comment