cerita aku dan BMI.

aku sangat busy dengan kehidupan aku as student.

aku x jaga makan minum aku.

aku melantak apa sahaja yang ada di depan mata, semua aku nak baham.

even biskut kering sekali pun, x sedap ka, aku baham juga.

aku suka kunyah makanan waktu tengah study.

aku suka kunyah makanan waktu tengah tengok movie depan laptop.

paling penting, aku suka MASAK and BAKING!

so itu masalah paling besar yang aku hadapi saat ini.



candid - makan seja kerja!


tanpa aku sedari BMI aku telah mencecah OVER WEIGHT!!! omgggggggggggg!!!!

sudahlah pendek, BMI lagi over weight, tak stabil.

aku memang akan kena flying kick balik Malaysia ni nanti oleh ummi aku..

siap sedia mendengar kata-kata harsh dari sedara mara yang asyik dok tahu mengutuk jak, tapi x pandai nak motivate orang lain..grrr!

so aku ambil inisiatif untuk cuba sedaya upaya untuk turunkan berat badan aku sebelum balik Malaysia kelak.

kalau tak memang aku jadi bahan lawak sekampung dengan sedara mara aku yang lain *sigh*

daripada aku sakit hati and tahan marah dengar semua cakap-cakap dorang baik aku start DIET aku sekarang!

aku yakin aku boleh kurangkan berat aku! yeahh!! aku yakin boleh!!

do you know yang kata-kata kurang semangat dari orang sekeliling akan buat kau down and dpt low self esteem? oleh itu aku harus elak daripada diperlakukan sebegitu!

aku tak mahu orang perkecil-kecilkan aku! aku tak mahu over weight ni! banyak sangat complication dia.



Obese's complication.


aku benci diri aku yang tak pandai jaga pemakanan ni.

pada masa yang sama aku sayang badan aku, that y lah aku nourish kan dia dengan makanan hahahaha

then sekarang aku terima padahnya..sudahlah banyak makan, tapi exercise nya tiada! sengal punya pompuan~

dulu waktu sekolah menengah aku muat baju size S..sekarang aku hanya boleh berangan kalau mahu pakai baju size S =(

ni waktu sekolah menengah, aku tengah pakai baju kurung kawan aku, size S 

sekarang mahu menyesal pun tak berguna lagi, apa yang aku perlu lakukan adalah DIET! cuba dulu tanpa sebarang bantuan daripada segala macam makanan or minuman diet yang ada di pasaran sekarang.

kena diet secara sihat, bukan secara drastik. 

chaiyok!! you can do it Syan!

focus on exam and focus on diet also! hihi

siapa yang ada tips yang rasa boleh bantu empunya diri ni, boleh lah bagitahu and share with me some of them ^_^


5 comments:

Femmy said...

good luck ye exam

Unknown said...

@Muhammad Zul Fahmi thx!

Unknown said...

sama dengan saya...masalah berat naik mendadak...hahaha...tp sy suka badan sekarang. 54kg dpd 45kg dulu. cuma ye la,..berta jugak la rasanya nak naik tangga nak jlan. Juz xde la sampai overweight...hehehe...bmi ok lagi, kalau lebih 58 tu br oW. Juz masalah saya sekarang keboroian...adoyai...sadis tau!

Unknown said...

Chaiyok chaiyok! You can do it ;)

Unknown said...

Sis , hana tag sis . Jmput la join .

http://hanazaty.blogspot.com/2013/06/alyia-farzana-giveaway.html