oh summer~


Egypt merupakan antara negara yang mengalami 4 musim dalam setahun, musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.

perbezaan musim hanya ketara pada musim panas dan sejuk.

musim bunga dan luruh hanya berlalu begitu sahaja tanpa di sedari ramai orang. LOL

sekarang Egypt sedang berada dalam musim panas, dan ia amat sinonim dengan musim peperiksaan bagi kebanyakan student university di sini.

mari kita skodeng temperature dekat luar hari ni berapa, sekarang waktu tengah tulis post ni, jam menunjukkan 12.58 PM.



cukup untuk buat kita berpeluh even dalam rumah sendiri -.-''

waktu musim panas ni, digalakkan untuk minum air banyak-banyak supaya tak dehydrated.

matahari terik diluar buatkan orang lebih prefer untuk duduk dalam rumah dan habiskan masa dengan indoor aktiviti dan study.


korang yang duduk dekat Malaysia beruntung, ada hujan yang turun hampir setiap petang..dekat sini, boleh dihitung berapa banyak kali hujan turun membasahi padang pasir yang tandus tu.

kalau hujan turun, memang bersyukur sangat, sebab kurang sikit bahang panas nya..but unfortunately hujan hanya selalu turun bila berlakunya pertukaran musim. Sad story~ sobsobsob

tak sabar untuk balik Malaysia hujung bulan 6 ni, kalau boleh nak masukkan dalam wish list summer vacation ni, nak main dan mandi air hujan sepuas-puasnya LOL

it look like 6-years old little girl punya wishlist kan? hihi like I care =p 

cakap pasal plan cuti musim panas ni, in shaa ALLAH kalau semuanya baik-baik belaka..akan buat attachment di hospital untuk upgrade medical skill. 

my suture skill dah berkarat habis..sejak hari tu lagi try to remember the steps, tapi ntah kenapa tak pandai ingat, fedupp gilak!

if and only if semangat attachment tu melebihi semangat untuk goyang kaki makan snack depan TV  hihi

ada juga plan mahu belajar memandu cuti ni, tapi Abah and Ummi tak bagi sebab dorang cakap takut tak sempat nak habiskan dalam tempoh 3 bulan tu nanti, siapa yang rugi? dorang juga yang rugi, sebab guna duit dorang kan haha

urgh! cakap pasal belajar memandu ni buat sedih jak..mana tak nya, memang kepingin mahu belajar memandu dari lepas SPM lagi, 3 tahun yang lalu. huwaaaaa =( its okay, its okay~ sabar seja.

fyi, 2 subjek sudah tumbang, sekarang tinggal lagi 2 subjek bersamaan dengan 6x exam lagi dan 1 field training.

then bye Egypt, and hello Malaysia! 

countdown bermula, 27 days to go! yeahhh! hihi

I think I nhave to go now, dah banyak habiskan masa depan laptop ni, kena sambung study balik hihi 

selamat bercuti bagi yang bercuti hari ni, dan buat mereka yang menyambut Harvest Festival, kotobian tadau tagazo do kaamatan!

thanks for reading peeps~ ^_^

my wall decoration..love it!

No comments: