Hidup ini bukan hanya tentang kita seorang

AssalammualaikumWBT and Hi,

rasa macam lama dah x update belog ni, sedangkan baru 12 hari yang lalu post pasal Tips menguatkan daya ingatan hehe

terlalu sayang kat belog sehinggakan rasa dah terlalu lama x update ^^v life currently tidak la sebusy mana, cuma sibuk dengan kelas dan exam yang betimbun.

mau mengeluh pun macam tidak wajar, kerana inilah tanggungjawab yang perlu dipikul as seorang student, lagi-lagi student Medic yang pada masa hadapan bakal berhadapan dengan pilihan sihat sakit nya manusia and hidup dan matinya patient itu, wallahualam~

semalam baru balik dari Cairo, lenguh satu badan gara-gara ikut serta dalam pertandingan Netball anjuran WISA BKPSM

WISA atau nama panjangnya MAHASISWI SABAH dan BKPSM pula BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT SABAH MESIR.

acara yang julung kali diadakan, sangat meriah, sangat happening, sangat riuh, sangat segala macam laa! kami mewakili Muhafazah Zagazig dalam acara Bowling, Volleyball dan Netball.

tapi saya tidak la join semua aktiviti kan, saya just join Netball ja, my 1st match ok, xpernah main pun netball selama ni, sangat2 kaki bangku kalau Netball ni..x reti nak control kaki and x tahu pun posisi-posisi players nya, adoi! memalukan betul haha

tapi hasil usaha datang training sekali dan berusaha utk tidak gerakkan kaki waktu dapat bola tu, alhamdullilah dapat jugak join match and beri sedikit sumbangan untuk team mates dan dapat memenangi tempat ke2 daripada 6 pasukan ^^

Kontinjen Muhafazah Zagazig #yeah

alhamdullillah juga selesai sudah 1st Midterm Exam for 2012/2013 session ^^ kelas theory dan practical juga sudah bermula semula selepas study week dan exam week tamat.

dalam kita busy dengan kehidupan seharian kita, jangan sampai kita lupa kepada tanggungjawab kita yang lain pula, jangan hanya jaga hubungan horizontal, kita juga haru jaga hubungan vertical dengan ALLAH SWT. 

itu tanggungjawab UTAMA kita sebagai hambaNya. 

ALLAH, ku mohon supaya Engkau sentiasa lapangkan hati-hati kami, dan sentiasa mendekatkan kami semua kepada Mu.

Ya ALLAH, aku juga mohon agar Engkau kuatkan kami menghadapi dugaan dariMu, berikan kami kesihatan yang berterusan agar kami bisa menjalankan tanggungjawab kami dengan sebaiknya, amin~

--------------------------------------------------------

sekarang seluruh dunia sibuk membicarakan soal Pray For Gaza, am i'm right? iya, kita sebagai saudara seislam dan manusia yang berperikemanusian sangat-sangat menentang kekejaman yang dilakukan oleh Zionis keatas penduduk Gaza di Palestin.

soalnya apa yang telah kita lakukan untuk mereka di sana? untuk diri ini juga, masih tertanya-tanya,

"apakah yang aku lakukan untuk membantu mereka di sana?"

banyak benda yang kita dapat lakukan untuk bantu mereka di sana. 

1st of all, andai tidak mampu membantu dari segi kewangan, kita boleh mendoakan kesejahteraan , keselamatan dan kemenangan penduduk Palestin dalam setiap doa kita setiap hari.



Start boikot sebarang product yang menyalurkankan dan memberikan sumbangan terus kepada pihak Zionis. sebagai contoh mcD, DANONE, L'OREAL, Starbucks Coffee and so on.


walaupun banyak antara benda yang perlu diboikot itu adalah jenama2 yang memang secara lazimnya diri ni gunakan, makan dan minum, tapi akan sedaya upaya juga untuk utk boikot, perlu letak tekad dalam diri, 

"banyak lagi benda lain yang aku boleh makan, boleh guna, boleh minum"


bagi yang mampu memberi sumbangan kewangan kepada mereka, bolehlah menyalurkan sumbagan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Tabung Aman Palestin dan Aqsa Syarif.



semoga dengan apa yang kita lakukan ini, suatu masa nanti, penduduk Palestin akan dapat semula tanah air mereka dan bebas daripada Zionis laknattullah itu, amin.

PILIHAN DI TANGAN ANDA!




No comments: