Assalammualaikum WBT and Salam 1Malaysia~
bagi umat Islam seantero dunia..tarikh ini ada tarikh yang menandakan bermulanya Tahun Baru Hijrah..
tahun ini masuk la tahun ke 1433H..1433 tahun selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah untuk meluaskan lagi pengaruh Islam di muka bumi ini..
gambar hiasan
Alhamdullillah ALLAH masih memberikan kita zat umur dan kesihatan untuk terus berdiri di atas muka bumi ini..
dan merasai nikmat hidup sebagai seorang muslim yang insyaALLAH akan memperjuangkan agama Islam yang telah berkembang sejak 1433 tahun yang lalu..
tanpa sedar, masa terus berlalu meninggalkan kita..apa yang telah berlaku tak akan dapat kita ulang kembali..
tidak berguna penyesalan kalau apa yang telah kita lakukan itu satu kesalahan, hanya mampu memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya..sesungguhnya DIA Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Jika sebaliknya, maka bersyukur la ke hadrat Ilahi, kerana semua yang telah berlaku itu atas keizinan DIA..(^_^)
Tahun baru telah bermula..seperti kebiasaan umat manusia lakukan..
Tahun Baru maka Azam Baru..
ada antara kita yang berazam..tahun baru ni aku mahukan keputusan yang cemerlang dalam exam aku!
tahun baru ni aku mahu beli npon baru, camera baru, laptop baru, dapat makwe/pakwe baru,rumah baru, kerja baru and so on~
tapi adakah antara kita yang berazam untuk menjadi insan yang baru?insan yang baru dari segenap penjuru..
dari segi amal, ibadah, akhlak, penampilan dan perhubungan sesama manusia..??
andai ada alhamdullillah..syukur kerana masih ada antara kita yang begini..
andai terleka sebentar, ambil sedikit masa, perbetulkan niat kita..
kerana setiap amal bermula dengan niat..=)
jangan pernah selitkan di dalam hati kita perkara-perkara tidak baik atau berniat buruk terhadap sesuatu..
maka berazam la sesuatu yang bisa mendatangkan kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat kelak..
" Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. - Surah Ar-Ra'd (ayat 11) "
sebenarnya aku tidak layak untuk bersuara atau menyatakan dengan lebih mendalam hal ini..
kerana aku masih lagi dalam proses pembelajaran, aku masih butuhkan tunjuk ajar..
aku takut melakukan sebarang kesalahan ketika menulis wacana ni..wallahualam~
andai ada sebarang kesalahan bicara perbetulkan aku..
sebarang tokok tambah jugak aku benar kan..sama-sama kita topup diri kita kearah insan yang berguna di dunia and di akhirat kelak..amin~
salam 1433H readers =)
~wasalam~
p/s : azam aku tahun ini, biarlah aku seorang sahaja yang tahu..=)
No comments:
Post a Comment