peringatan buat aku dan kamu~

Salam Ramadhan ke9 semua ^^

macam mana dengan puasa hari ni?ok x?full x?

ok?full? alhamdullillah..^^

terawih malam ni macamna? ambik full ka? ka 8 rakaat ja then truss blah? hehe

xpe la..janji datang buat terawihkan, daripada yang xpegi and xwat langsung tu..hampeh!

-
-
-

cerita pasal terawih ni kan..

tadi dekat surau..after solat isyak tu..

Ustaz yang jadi Imam tu sempat gak bagi tazkirah ringkas dekat semua ahli jemaah surau..

tazkirah dia betul betul terkena dengan aku..

I mean seronok aku dengar..

tazkirah Ustaz tu tadi berkisar tentang 

"what we should do during month of Ramadhan~" 

dia xla speaking omputih..aku ja yg lebih2..haha XD

-
-
-

senang ja jawapan dia..

ada 3 perkara..

yang PERTAMA :

Berpuasa di siang hari..or kata dalam arab nya  صيام

seperti yang kita sedia maklum, berpuasa bukan hanya bererti kita tidak makan&minum..

tetapi jugak berpuasa untuk tidak melakukan sebarang kegiatan/perlakuan yang boleh membatalkan puasa..

seperti memelihara diri daripada melakukan perkara maksiat..

keseluruh anggota badan memainkan peranan penting dalam hal ni ^^

ada faham pa yang aku cuba sampaikan di sini? sorry klo berputar belit ayat aku..hehe

yang KEDUA

Qiam atau kata lain nya..bangun pada 2/3 malam..

bukan setakat bangun ja tau..bangun pastu sambung balik ZzzzZZ -__-

bukan! aku tekan kan sekali lagi BUKAN!!

Qiam di sini bermaksud..

memenuhkan malam2 bulan Ramadhan ini dengan melakukan pelbagai ibadah2 sunat..

seperti..solat tahajud..solat hajat..solat taubat..berzikir..etc

siapa tahu tahun ini dan seterusnya kita akan dapat Lailatul Qadar...insyaALLAH~ amiin!!

dan yang KETIGA 

Tilawatul Quran..

kata Ustaz tu tadi, bulan Ramadhan ni merupakan Bulan AL-QURAN..

jadi tidak salah kan kalau kita mengisi hari2 kita dengan membaca AL-Quran..

sibuk?xde masa? itu bukan alasan nya..

baca news paper boleh plak? baca magazine boleh plak..Facebook-ing boleh plak kan??

kenapa baca AL-Quran xde masa? kita persoalkan diri kita sendiri..

aku sendiri akui, bahawa diri aku jugak terkadang alpa dengan permainan dunia ini..

tapi aku bersyukur dikurniakan parents yang prihatin..

sahabat2 yang sentiasa tidak jemu menegur..

kerana setiap kali aku alpa..

pasti ada mereka yang sentiasa mengingatkan aku..alhamdullillah~

-
-
-

ni la 3 things we should do during month of Ramadhan..

insyaALLAH berbekalkan dengan 3 benda ni kita akan tergolong dalam golongan hambaNYA yang bertaqwa..amiin~

-
-
-

maaflah kalau apa yang aku cuba sampaikan ini ada cacat celahnya di mana2..

aku jugak manusia biasa..

masih banyak benda yang aku perlu belajar..

masih banyak benda yang aku perlu baiki..

bukan untuk aku sahaja..tapi untuk masa depan aku & orang2 di sekeliling aku..insyaALLAH~

selain aku..kamu jugak..yes! kamu! kamu yang membaca~

aku dan kamu jugak mesti selalu ingat mengingati..^^

aku dan kamu harus perbaiki diri kita dari masa ke masa..

-
-
-

ok la..aku rasa sudah cukup post kali ni..

semoga apa yang aku sampaikan ini menjadi peringatan buat aku dan kamu~

~wassalam~

p/s : semoga apa yang aku sampaikan ini memberi manfaat kepada kita semua..insyaALLAH~

No comments: